|
Post by rienn on Nov 2, 2006 23:09:16 GMT 8
ada sesapa ada petua tradisi daripada herba atau apa jer selain daripada ubat-ubatan moden yang boleh kita kongsi bersama? jom kita senaraikan.. contohnya: 1. minum teh o panas untuk melegakan demam atau selsema 2. minum air asam jawa kalau sakit tekak lagi...?
|
|
|
Post by aryna on Nov 3, 2006 14:52:40 GMT 8
yg sangat mujarab.... kalau sakit perut.. sebab makanan atau kembong, cuba amik segenggam daun jambu batu... ramas2 dan ditapis airnya untuk diminum... baca selawat 3 kali baru minum... (kepada yang bukan Islam.. tak perlu la baca ..) dan.. berdoa minta sembuh dari kesakitan atau ketidakselasaan ..
|
|
|
Post by zalfa on Nov 3, 2006 15:08:29 GMT 8
Petua nie untuk yang perempuan .. heheheh
Kalu ader masalah sengugut teruk, ambil kunyit hidup, tapi sikit jer tau jangan banyak nanti kuning gigi, makan, insyaAllah kurang rasa sakit, tapi makan sekali jer, jangan tiap-tiap hari makan tau ... ehehhe petua my mummy, i buat masa mula mula datang period dulu, alhamdulillah sekarang kurang la, masalah sengugut tu tetap ada, ttp takder la sampai perlu telan panadol tu
harap harap berkesan
|
|
|
Post by zalfa on Nov 3, 2006 15:14:00 GMT 8
aaaaaaa lagi satu, heee nie zalfa selalu buat biler demam and batuk ... tuang kicap satu sudu (sudu yang kita guna untuk makan tu) lepas tu perah limau nipis kat dalam sudu tu, lepas tu telan aaa ...
tak tau la mujarab ke tak tapi everytime zalfa batuk, itula ubat batuk zalfa heeee ;D ;D ;D sebabnya, CHEQ TAKUT UBAT DAN TUAN DOKTOR!!!
heee teringat dulu kecik2, kalu zalfa demam, terpaksa aaa abah heret pegi jumpa Dr, tapi sekarang dah besar, takkan dia nak heret plaks, ahaks ;D ;D pandai2 la carik ubat sendiri ... ;D ;D ;D
|
|
|
Post by morningdew on Nov 3, 2006 20:51:05 GMT 8
well just want to share.. kalau kulit melecur sebab kene air panas or etc.. mula-mula cuci tempat yang terkena tu dengan air.. lepas tu letak garam kat tempat yang melecur tu.. lepas letak garam memang kulit rasa perit sangat-sangat.. jangan basuh.. tunggu sampai hilang rasa perit.. insyaAllah kulit kita nanti tak melepur n tak de kesan/parut.. cuba lah..
|
|
|
Post by rienn on Nov 4, 2006 11:14:35 GMT 8
aaaaaaa lagi satu, heee nie zalfa selalu buat biler demam and batuk ... tuang kicap satu sudu (sudu yang kita guna untuk makan tu) lepas tu perah limau nipis kat dalam sudu tu, lepas tu telan aaa ... tak tau la mujarab ke tak tapi everytime zalfa batuk, itula ubat batuk zalfa heeee ;D ;D ;D sebabnya, CHEQ TAKUT UBAT DAN TUAN DOKTOR!!! heee teringat dulu kecik2, kalu zalfa demam, terpaksa aaa abah heret pegi jumpa Dr, tapi sekarang dah besar, takkan dia nak heret plaks, ahaks ;D ;D pandai2 la carik ubat sendiri ... ;D ;D ;D kicap manis, pekat ker kicap cair zalfa? sbb mak rienn pun selalu batuk-batuk kalau salah makan atau cuaca tak elok.. dah cuba macam-macam ubat moden dan tradisional semua tak jalan.. lambat nak baik pulak tu.. kalau makan ubat yg panas sikit atau menggatalkan tekak macam herba, lagi la menjadi batuk dia.. kesian tengok.. ingat nak mintak dia cuba la petua tu...
|
|
|
Post by sakura on Nov 5, 2006 14:12:52 GMT 8
kalau penyakit athma pula mcm mana?
|
|
|
Post by zalfa on Nov 6, 2006 15:32:31 GMT 8
aaaaaaa lagi satu, heee nie zalfa selalu buat biler demam and batuk ... tuang kicap satu sudu (sudu yang kita guna untuk makan tu) lepas tu perah limau nipis kat dalam sudu tu, lepas tu telan aaa ... tak tau la mujarab ke tak tapi everytime zalfa batuk, itula ubat batuk zalfa heeee ;D ;D ;D sebabnya, CHEQ TAKUT UBAT DAN TUAN DOKTOR!!! heee teringat dulu kecik2, kalu zalfa demam, terpaksa aaa abah heret pegi jumpa Dr, tapi sekarang dah besar, takkan dia nak heret plaks, ahaks ;D ;D pandai2 la carik ubat sendiri ... ;D ;D ;D kicap manis, pekat ker kicap cair zalfa? sbb mak rienn pun selalu batuk-batuk kalau salah makan atau cuaca tak elok.. dah cuba macam-macam ubat moden dan tradisional semua tak jalan.. lambat nak baik pulak tu.. kalau makan ubat yg panas sikit atau menggatalkan tekak macam herba, lagi la menjadi batuk dia.. kesian tengok.. ingat nak mintak dia cuba la petua tu... rienn, biasanya zalfa buat ngan kicap pekat ... eheheh makan sehari dua kali, cam ubat batuk gaks ehehehhe harap harap berkesan
|
|
|
Post by aryna on Nov 6, 2006 15:49:16 GMT 8
kalau penyakit athma pula mcm mana? macam2 usaha dah dilakukan.... belum ada jawapan.. setakat nih.. gi hospital/klinik... amik drugs... nebulizer lar.. sebenarnya.. amalan akar2 kayu lebih baik buat pesakit asthma..
|
|
|
Post by sergioleone on Nov 10, 2006 19:24:39 GMT 8
perubatan tiga jenis : 1- makan ubat , apalagi zaman ni drugs la , herba n akar ni kena pengamalan , mcm aku tengok kt tv hari tu ada mamat ni 80 above still go berkebun yg sejak muda minum rebusan cengkih (BIOLOGY) 2- pembedahan(FIZIKAL) 3- rawatan kerohanian (PSIKOLOGI) -- betui tak yg aku tulis ni ? , main hentam pikir je ........
|
|
|
Post by karbie on Mar 26, 2008 4:37:06 GMT 8
SUARA SERAK
· Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau · Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau · Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
|
|
|
Post by karbie on Mar 26, 2008 4:38:00 GMT 8
SAKIT MATA
Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata akan kelihatan jernih..... sediakan madu.... ambil madu tersebut dan tuangkan sedikit di sudu.... jangan terlalu banyak... cuma setitik madu sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit... anda akan merasa pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh.... *insyaallah....
|
|
|
Post by karbie on Mar 26, 2008 4:38:50 GMT 8
BIBIR PECAH
Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya, minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh.
|
|
|
Post by karbie on Mar 26, 2008 4:40:00 GMT 8
MEMUTIHKAN SIKU
Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya -cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. -sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. -Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. -Amalkan beberapa kali dalam sebulan. Insyallah akan membuahkan hasil.
|
|
|
Post by karbie on Mar 26, 2008 4:42:16 GMT 8
BATUK/LELAH/SEMPUT
· Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau · Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau · minumlah rebusan akar pokok melor atau · Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir · Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak · Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
**cuba baru tau jd ke tak**
|
|