Post by aten on Apr 1, 2008 21:22:05 GMT 8
sy dpt dr blog membr sy..
drharith.wordpress.com/about/
hayatilah ia... best sgt
Cerpen ‘Kerna Cinta Zulaikha’ ini kutulis sebagai satu wadah untuk mengingatkan diriku tentang kesilapanku yang lepas. Juga sebagai satu jalan dakwah yang mampu kubawa. Ini pertama kali aku melibatkan diri dalam penulisan. Jadi, harapnya agar sahabat-sahabat sekalian mampu memberi bimbingan. Dan yang utamanya, moga-moga Allah memberkati usahaku ini.
……………………………………………………………..
Pagi itu, putih-putih salju menemani perjalananku ke universiti. Memang terasa kelainan dinginnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku ponteng kuliah. Batuk dan selsema masih lagi belum surut. Tapi memikirkan esok ada Card Signing, terpaksa juga aku gagahkan diri. Memang itulah rutinku. Setiap kali sebelum Card Signing, atau ujian oral anatomy, aku, Rafique, Wany dan Nisa’ akan revise bersama-sama di library.
Seperti biasa, masa rehat kuhabiskan dengan lunch di St Stephen Green Park. Bertemankan burung merpati dan angsa putih, aku dapat mencari sedikit ketenangan setelah melalui kuliah-kuliah yang berat. Sambil berehat, aku menelaah nota-nota kuliah supaya tidak mudah lupa apa yang baru dipelajari. Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yang amat kukenal, Farah.
“Lunch sorang-sorang je kat sini Khai?” Kulihat Farah bersama dengan seorang yang tidak kukenali.
“Tenang sikit kalau kat sini. Dari mana ni?”
“Farah bawak kawan jalan-jalan kat city tadi. Kenalkan ini Zulaikha, dari Cork.”
“Assalamualaikum. Saya Khairul Anwar, first year RCSI. Boleh panggil Khai.” Aku memperkenalkan diri.
“Waalaikumussalam,” jawabnya ringkas.
“Ok la Khai. Farah pegi dulu ye. Takut lambat sampai rumah nanti. Zohor pun dah nak habis.”
“Ok.”
Mataku mengekori pergerakan mereka berdua. Aku kenal Farah sejak dari MRSM Langkawi hinggalah KMB. Walaupun aku sekarang di RCSI dan dia di UCD, namun kami selalu juga berhubung melalui YM. Banyak kali juga kami bertemu apabila menghadiri program-program anjuran PPIMI atau KUD. Memang dari dulu lagi kami sangat rapat. Tiba-tiba aku terasa satu kelainan. Perkenalanku dengan insan yang bernama Zulaikha itu begitu istimewa bagiku. Sungguh, aku terpegun. Begitu ramai perempuan yang pernah kukenal selama ini, tetapi berani kukatakan tiada yang seayunya. Senyumannya begitu mengasyikkan. Dirinya begitu sopan. Tidak sekali pun dia mengizinkan matanya bertemu dengan mataku. Aku tampak kelainan dirinya daripada Farah dan perempuan-perempuan yang pernah kukenali.
Malam itu, setelah selesai solat Isya’, aku cuba menjawab beberapa soalan kuiz anatomy online. Alhamdulillah, 100%. Tak sia-sia aku datang study group. Moga-moga esok aku tak gugup berdepan dengan Kelly yang memang terkenal dengan provokasinya dalam menanyakan soalan. Sebelum tidur, aku tunaikan solat sunat. Ibu seringkali berpesan padaku supaya bangun awal pagi untuk solat tahjud, taubat dan juga hajat. Tapi aku jarang sekali bangun awal Subuh. Jadi, aku pastikan sebelum tidur aku tunaikan solat taubat dan hajat. Dalam sujudku yang terakhir, tiba-tiba wajah Zulaikha hadir dalam fikiran. Cepat-cepat aku cuba lupakan.
Sudah hampir seminggu setelah aku berjumpa dengannya. Tapi aku masih tidak dapat melupakan wajahnya. Wajah yang sentiasa hadir setiap saat dalam benak fikiran. Aku mula diselubungi satu perasaan yang belum pernah aku rasai. Kadang-kadang bahagia, tenang, gembira. Kadang-kadang sedih, kecewa dan memedihkan. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama?
Aku tekad untuk menghubungi Farah. Aku mahu mengenali Zulaikha dengan lebih rapat. Aku tahu ia akan memalukan diriku. Tapi aku tak sanggup lagi membiarkan diriku dalam keadaan begini. Aku harus berbuat sesuatu. Kebetulan, suatu malam aku berkesempatan untuk chatting dengan Farah. Walaupun diselubungi rasa malu, aku cuba memberanikan diri. Pada mulanya, Farah segan untuk menceritakan perihal sahabatnya itu. Tapi setelah kupujuknya, akhirnya dia akur. Daripada Farah, aku dapat mengenali serba sedikit profile Zulaikha. Anak kelahiran Seremban itu rupa-rupanya campuran Cina dan Melayu. Ibunya memeluk Islam ketika masih di maktab. Bapanya, Prof Rahim memang cukup terkenal. Bukan sahaja sebagai pensyarah kanan di UIA, tapi juga sangat aktif dalam usaha dakwahnya. Sejak kecil, Zulaikha mendapat pendidikan agama yang cukup. Pendek kata, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh terjaga. Bukan setakat akhlaknya yang mantap, tapi dia juga begitu cemerlang dalam akademik. Dia merupakan salah seorang penerima anugerah kecemerlangan SPM 2004 peringkat kebangsaan. Ketika aku menanyakan samada dia sudah berpunya atau tidak, Farah tidak membalas. Katanya, aku sudah angau. Betul ke?
Suatu hari, aku dimaklumkan bahawa MSM menganjurkan program di Cork. Mendengar perkataan ‘Cork’, aku jadi excited. Cepat-cepat aku daftarkan namaku pada Syafiq, wakil MSM Dublin. Alhamdulillah, namaku tersenarai sebagai peserta. Tidak sedikit pun aku hiraukan soal program yang bakal diikuti. Matlamatku satu, aku mahu berjumpa dengan Zulaikha. Cukuplah walau sekali, hanya sekadar mengubat rindu di hati.
Setibanya aku di Cork, aku ditempatkan di sebuah rumah tumpangan bersama peserta yang lain. Malam pertama, kami dikumpulkan di dewan rumah tumpangan tersebut. Aku kecewa. Hasratku untuk melihat wajah Zulaikha terhalang. Peserta lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tirai. Aku terus meletakkan harapan. Esoknya, aku cuba mencari kelibat Zulaikha tatkala ternampak kumpulan peserta perempuan. Tapi, usahaku sia-sia. Akhirnya, kedatanganku ke Cork hanyalah mendatangkan seribu kehampaan. Zulaikha tidak kutemui, program itu pula tidak langsung kuberikan perhatian.
Semakin lama, rinduku pada Zulaikha semakin kuat. Baru kurasa apa yang dikatakan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Kehidupan harianku sedikit terganggu. Aku seringkali berkhayal semasa kuliah. Memang telah puas aku usahakan supaya aku dapat lupakan Zulaikha, tapi jiwaku seolah-olah sudah terikat padanya. Aku mengambil keputusan untuk mengutus surat padanya. Aku ingin luahkan segala apa yang kurasai supaya hatinya terbuka buatku. Akan kutitipkan surat itu pada Farah yang akan berkunjung ke Cork hujung bulan nanti.
Sekian lama menanti, aku masih tidak mendapat apa-apa reply. Aku tertanya-tanya samada surat itu masih belum disampaikan, atau Zulaikha tidak sudi membalas suratku. Setelah sebulan menanti, aku cuba hubungi Farah. Dia memaklumkan bahawa surat itu sudah pun dibaca oleh Zulaikha tapi tidak pasti apakah responnya. Tiba-tiba, aku tersentak apabila Farah bertanya padaku samada aku cukup layak baginya. Katanya, itu hanya sekadar gurauan, tapi ia telah memberikan satu tamparan yang sangat hebat. Memang sukar untuk aku terima sindiran sebegitu rupa. Namun, aku sedar ada kebenarannya.
Aku tekad. Aku harus berubah. Aku mesti menjadi seorang yang layak untuk mendapatkan cinta Zulaikha. Apa pun yang aku harus lalui, akan kulakukan semuanya. Aku mula mengatur langkah. Perubahan diri memerlukan proses yang tersusun rapi dan bukan hanya bersandarkan kekuatan semangat semata-mata. Kebetulan, Syafiq mengajak aku menyertai kumpulan usrahnya. Ya, inilah jalan pertamaku. Setiap minggu aku rajinkan diri untuk hadir ke perjumpaan usrah. Tapi, aku mula merasai kelainan. Sebelum ini, banyak kali aku ikuti usrah sejak di SMKAT lagi. Tapi, kali ini berbeza. Pengisiannya begitu tersusun dan sangat mudah untuk aku ikuti. Pengisiannya juga pelbagai. Kami setiap ahli usrah diberi peluang memberi penyampaian, mencanang idea, dan sebagainya. Kadang-kadang, perjumpaan usrah kami berbentuk jamuan, berkelah, riadah dan trip. Aku menjadi sangat tertarik. Pandanganku terhadap usrah selama ini sama sekali silap. Aku mula sedar akan kepentingan usrah dalam membimbing perjalanan hidupku.
Setiap bulan, aku diajak Syafiq mengikuti program daurah yang dijalankan MSM. Merata-rata tempat aku lawati. Ramai kenalan baru yang aku dapat. Dan sebahagian mereka bagiku unik. Jarang sekali aku berjumpa insan unik yang begitu sekali menghargai nilai ukhuwah. Walaupun baru berkenalan, aku dilayan mereka seakan-akan seperti adik sendiri. Aku terasa bahagia kerana aku sedar diriku kini begitu dihargai. Bimbingan dari Ustaz Salam juga banyak menyedarkan aku hakikat bahawa manusia ini dipertanggungjawabkan dengan dua tugas iaitu ubudiyyah dan khilafah. Sebagai seorang hamba, manusia tidak langsung bebas melainkan sepenuhnya terikat pada ketentuan Allah. Setelah begitu banyak aku pelajari dan fahami, aku sedar jalan hidup yang selama ini kutempuh penuh dengan kegelapan. Kehidupan yang hanya memperhambakan nafsu dan dunia semata-mata.
……………………………………………………………..
Setelah dua tahun aku melalui tarbiyyah dan bergiat dalam dakwah, akhirnya terdetik keinginanku mendirikan rumahtangga. Bukan kerna aku merasakan diri ini serba cukup, tetapi aku mendapat keyakinan bahawa diriku telah bersedia untuk membina ‘Baitul Muslim’. Ini juga sebagai landasan utama untuk mewujudkan masyarakat Islam yang akhirnya akan membawa kepada Ustaziyatul Alam. Selama dua tahun itu juga, aku langsung tidak mengikuti perkembangan Zulaikha. Akhirnya, aku memutuskan untuk mengutus surat bagi menceritakan perasaanku terhadapnya. Dan kali ini, dengan penuh kesungguhan aku ingin melamarnya.
Alhamdulillah, kali ini suratku dibalasnya. Aku sangat berdebar menantikan apakah jawapannya. Bercampur perasaan gembira dan bimbang, kubuka surat Zulaikha.
Ke hadapan saudara Khairul Anwar,
Terima kasih atas keikhlasanmu menyatakan hasrat untuk melamar diri ini. Sebelum itu, kuingin memohon maaf kerana surat yang kautitipkan dua tahun lepas tidak kubalas. Aku menghargai perasaanmu terhadapku. Tetapi, inginku bertanya pada dirimu, adakah kau mahu menjadi suamiku yang kedua?
~Zulaikha~
Mataku basah. Hatiku remuk. Terasa ingin kulaungi kesedihanku sekuat-kuatnya. Aku tak menyangka Zulaikha sudah mendirikan rumahtangga. Cinta yang selama ini kudamba sepenuh hati telah pun dimiliki orang lain. Alangkah sengsaranya hidupku ini. Dua tahun aku habiskan untuk mengenali Islam, mengubah diri supaya layak untuk mendapatkan cintanya. Betapa malangnya diriku. Tiba-tiba aku merasakan diri ini kosong. Tiada maknanya hidupku tanpa cinta Zulaikha.
Hari-hari berikutnya, kulalui dengan penuh keberatan. Aku tidak lagi bersemangat untuk belajar. Kuliah-kuliah jarang kuhadiri. Usrah apatah lagi. Ibadah yang selama ini kujaga seringkali ditinggalkan. Hidupku mula tidak terurus. Masa banyak kuhabiskan berkhayal memikirkan diri ini tiada lagi gunanya untuk terus hidup. Kadang-kadang terdetik untuk aku ‘tinggalkan’ dunia ini. Tapi, aku masih belum punya kekuatan untuk melaksanakannya.
……………………………………………………………..
Suatu hari, aku didatangi Syafiq dan Ustaz Salam. Mereka ceria sekali bertemu denganku. Aku merasa serba salah kerana telah begitu lama aku tidak hadiri usrah mahupun daurah. Aku hairan, mereka tidak sedikit pun bertanyakan sebab kenapa aku menghilangkan diri buat sekian lama. Yang ditanya, apakah aku sihat, bagaimana pelajaranku, dan sedikit soal keluargaku. Aku menjadi segan. Mereka kelihatan begitu mengambil berat soal diriku. Apakah ini yang dikatakan ukhuwah fillah? Akhirnya, tanpa dipinta, aku menceritakan perihal Zulaikha, sejak dari pertemuan pertama, proses perubahan diriku hinggalah kehidupanku selepas lamaran ditolak.
“Khai, hidup ini bukanlah milik kita. Kita hanyalah hamba yang dicipta. Segala ketentuan perjalanan hidup kita adalah milik Allah. Allah sebagai Pencipta dan Pemilik Alam, Allah sebagai Tempat Pergantungan, dan Dia juga sebagai Hakim Yang Mutlak. Jadi, sebagai hamba, kita ini tidak bebas. Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini, tidak lain hanyalah untuk memenuhi amanah Allah iaitu ubudiyyah dan khilafah. Itu matlamat utama kita. Allah sebagai pencipta cinta, jadi Dialah yang paling berhak menerima cinta daripada hambanya. Jangan kita sekali-kali mendambakan cinta manusia melebihi cinta kita kepadaNya. Bukankah Islam mengajar kita untuk tabah tatkala menempuh apa jua dugaan. Kerna kita yakin bahawa setiap ujian yang Allah tetapkan tidak lain hanyalah untuk menguatkan keimanan dan meningkatkan darjat kita disisiNya. Mungkin kau merasakan Zulaikha itu cinta teragung buatmu, tapi ketahuilah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu.” jelas Ustaz Salam.
Aku terus memeluk Ustaz Salam dan menangis sepuas-puasnya. Baru kusedar betapa bodohnya diriku ini. Begitu berani untuk meletakkan cintaku pada Zulaikha lebih agung dari cintaku pada Allah. Malam itu, dalam solat taubatku, aku memanjatkan sepenuh rasa kesyukuran atas hidayah yang dberikan. Sejadahku dibasahi air mata. Aku berasa sangat-sangat bersalah atas dosaku selama ini.
……………………………………………………………..
Alhamdulillah, kini hidupku lebih bahagia. Bulan lepas, aku tamat pengajian 5 tahunku. Atas izinNya, aku memperoleh kecemerlangan dalam final exam yang membolehkan aku dianugerahi pelajar terbaik seluruh Ireland. InsyaAllah, aku bakal mula berkhidmat di Hospital Besar Melaka tiga bulan lagi. Aku bercadang untuk mengisi masa cutiku ini untuk menjalankan kerja dakwah di beberapa sekolah menengah di Bandar Melaka. Moga-moga ianya tidak menjadi sia-sia.
Suatu pagi, aku menerima kiriman sms dari naqibku, Syafiq. Ia bertanyakan samada aku bersedia mendirikan rumahtangga kerana ada sister yang ingin melamarku. Aku terkejut. Belum pernah aku menerima lamaran daripara seorang perempuan. Setelah beristikharah beberapa kali, aku akhirnya tekad untuk menerimanya. Di hari pertemuan yang dirancang, aku bersama ibu dan ayah datang ke tempat yang ditetapkan. Aku menjadi gugup. Tapi aku yakin, jika ini ketentuan Allah, maka ianya yang terbaik buatku. Disaat bakal tunangku masuk ke ruang pertemuan, aku tersentak. Sekali imbas kulihat wajahnya, aku tahu yang berada dihadapanku ini tidak lain, dialah Zulaikha. Tapi, bukankah dia sudah menjadi isteri orang?
“Dalam suratku itu, aku bertanyakan samada kau mahu menjadi suamiku yang kedua. Tapi bukanlah bermaksud aku sudah bernikah. Ianya kiasan yang kugunakan setiap kali aku menerima lamaran. Bagi menyatakan bahawa aku sudah terikat dengan kerja dakwah. Ternyata semuanya telah salah sangka. Kau juga begitu. Tapi, aku tahu kau ikhlas mencintaiku. Dan aku juga bersedia menerima cintamu itu. Bimbinglah aku mencari cinta suci lagi hakiki iaitu cinta Ilahi”
Pipiku basah, terharu. Alangkah bahagianya hidupku. Aku sangat bersyukur atas segala apa yang melanda diri ini. Dan sekarang, aku menyedari hakikat cinta yang sebenar, cinta Ilahi.