|
Post by fuadnordin on Feb 19, 2008 21:12:04 GMT 8
Hadis sahih "Berbuat baiklah kepada wanita". Nabi mengucapkannya di zaman yang tak pernah disebut hak-hak wanita.Moh kita renung kejap antara layanan kepada wanita pada zaman itu : 1). Bayi perempuan ditanam hidup-hidup. 2). Bapa yang meninggal dan mempunyai isteri muda maka isteri itu akan dikahwinkan dengan anak lelakinya, 3). Tak ada harta pusaka untuk wanita. 4). lelaki boleh bernikah dengan berpuluh-puluh wanita. 5). Masyarakat pada zaman itu menganggap wanita adalah keji. 6). Kristian kata wanita = syaitan. Dan pada masa itu islam datang mengangkat hak-hak wanita. HANYA Islam yang memandang mulia wanita, bukan barat! islamsolusi.blogspot.com/
|
|
|
Post by sakiiinah on Feb 19, 2008 22:25:29 GMT 8
KELEBIHAN SEORANG WANITA
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, 5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
|
|
|
Post by sakiiinah on Feb 19, 2008 22:26:06 GMT 8
LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah.... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....
|
|
|
Post by sakiiinah on Feb 19, 2008 22:28:30 GMT 8
WANITA SOLEHAH Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,tidak terletak pada kecantikan wajahnya , Kemanisan wanita solehah ,tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu , Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu , Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah , Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran , Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu , Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya , Bersyukurlah diatas apa yang ada . Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
|
|