Post by fffff on Feb 11, 2008 15:14:57 GMT 8
salam...
f5 ternampak artikel ni n berminat nak tanye pandangan RC bout this...x berniat nak memburukkan sesiape..
Soal Jawab : Hukum Kunjungi Karnival Jom Heboh
(diterbitkan di Majalah-i, Oktober 2006)
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.com
Soalan
1. Suatu ketika dulu, ada mufti di negara kita menjelaskan bahawa menganjurkan acara Sure Heboh (sekarang Jom Heboh) adalah haram. Ia haram kerana acara tersebut telah menjadi medan untuk golongan remaja melakukan maksiat. Selain Sure Heboh, sebenarnya banyak lagi acara-acara seumpamanya yang demikian juga sifatnya, tetapi acara itu tidak heboh kerana tak masuk tv.
Walaupun demikian, ada kebaikan acara-acara seperti itu, misalnya kita boleh bawa ahli keluarga membeli belah dan mendapatkan pelbagai info dan perkhidmatan yang disediakan di situ. Sekiranya acara itu dihukumkan haram, adakah haram juga kita pergi ke situ, sedangkan tujuan kita untuk membeli barang-barang atau mendapatkan informasi yang ada? Sekian.
- Hasyim
Jawapan :
Pada hemat saya, para mufti mengatakannya haram berdasarkan majlis pesta nyanyian yang dibuat di sebelah malamnya, ia mungkin kerana waktunya bermula sekitar jam 7 malam yang menyebabkan ramai yang menghadirinya tidak menunaikan solat Maghrib. Ia jelas tergolong dalam hadis sohih "Sempadan di antara seseorang itu Muslim dan (Syirik) Kafir adalah meninggalkan solat" (Muslim, Abu Daud)
Selain itu percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal menjadikan ia pencetus kepada maksiat dan perzinaan selepas konsert. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : "Dan janganlah kamu mendekati zina" (Al-Isra' : 32) ; demikian juga hadis : "daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor **** yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : "Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Antaranya juga Nabi bersabda : " Mana-mana wanita yang membuka pakaiannya (auratnya) di tempat selian rumah suaminya, melainkan dia telah merempuh (melanggar) tabir dan batas yang ada antaranya dan Tuhannya" ( Riwayat Ahmad, Sohih : Albani, Ghayatul Maram, no 195). Banyak lagi hadis yang menerangkan adab lelaki dan wanita.
Tambahan dari itu, kehadiran di dalam majlis yang penuh maksiat itu akan membantu dan meingkatkan lagi semangat para ahli maksiat untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Ia dilarang menurut firman Allah : "dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara yang membawa dosa ..", demikian juga firman Allah : " Telah diturunkan kepada kamu al-Quran yang apabila kamu dapati ianya dipersendakan dan diengkari, maka janganlah kamu duduk dalam majlis itu sehinggalah mereka tidak lagi mempersendakan ayat Allah ( An-Nisa : 140)
Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram.
Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada : -
a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.
b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber'shopping' atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.