|
Post by aryna on Oct 31, 2006 12:24:29 GMT 8
put down all HADIS you could collect here.. please quote the source (sites, books, newpapers) and provide some explanation if possible...
[strictly for HADIS postings only!!)
other posting, will be deleted..
|
|
|
Post by mier on Oct 31, 2006 20:03:04 GMT 8
there're still artificial hadith/hadith maudu', doif, munkar nowadays and still. So, beware of this fake. ;D
hadith pertama : Apabila seseorang daripadamu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi. (Riwayat Al-Dailami daripada Ummi Salamah)
explanation : many islamic people solat as hangat2 as tahi ayam, doodling at the time we use our small mat to ' Allahu Akbar'
conclusion : Solatlah dgn khusyu'. Minat faizal pun faizal lah, jgn ade muke dia je time solat.
|
|
|
Post by tempe5226 on Oct 31, 2006 23:00:22 GMT 8
Salam, baru je dapat masuk forum. InsyaAllah, kita boleh manfaatkan bersama --- Himpunan Hadith 40 susunan Imam Nawawi.Hadith 1: Setiap Amal bermula dengan niat Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. **** Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi.--- Pengajaran: Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah.
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.[/color]
|
|
|
Post by mier on Nov 1, 2006 0:13:32 GMT 8
atau dalam bahasa arab nye : Innamal a'malu binniyyat wa innama.. ( stop jap, tak ingt semua )
|
|
|
Post by tempe5226 on Nov 1, 2006 22:04:49 GMT 8
atau dalam bahasa arab nye : Innamal a'malu binniyyat wa innama.. ( stop jap, tak ingt semua ) thanks mier, startkan verse arab tuh, hehe~ Innamal a'malu binniyat wa innama likullam ri imma nawa.
faman kaanat hijrotu hu, ilallahi wa rasulihi. fahijrotu hu ilallahi wa rasulihi.
wa man kaanat hijrotu hu, ila dunya, yusibuha, awim ra'atin yan kihuha. fahijrotuhu maa hajaro ilaih..sori la tergeliat2 lidah nak verse in arabic, tp ni la sedaya saya. sori seme, i've no arabic text installed. maybe later ok?
|
|
|
Post by rienn on Nov 4, 2006 12:49:42 GMT 8
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian imanhadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=18Hadis Imran bin Husaini r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikanhadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=20penerangan: malu yg dimaksudkan di atas adalah malu dalam mengerjakan dosa, perkara yg mungkar serta dibenci Allah.. janganlah pulak malu dalam membuat kebaikan dan menuntut ilmu untuk kemajuan diri, agama, bangsa dan negara.. sebenarnya malu dalam melakukan perkara yang dibenci Allah itu bertujuan demi memelihara kehormatan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok malah memudaratkan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada masyarakat umumnya.. selain itu kita juga harus malu kepada Allah dalam kita menginsafi kekurangan serta kelemahan diri agar kita dapat meningkatkan lagi taqwa dan ibadah kita kepadaNya.. wallahu a'lam...
|
|