|
Post by rienn on Jan 21, 2011 17:28:35 GMT 8
Salam semua.
Berkaitan dengan tajuk di atas, apa-apa penjualan barangan yang merujuk kepada Faizal Tahir (FT), lagu-lagunya atau apa jua yang berkaitan dengan FT tanpa kebenaran ADALAH DILARANG. Ini kerana perkara berkenaan melibatkan banyak pihak, tertakluk di bawah undang-undang hakcipta dan boleh dikenakan tindakan. Sebarang penjualan tanpa kebenaran ini dinasihatkan supaya dihentikan.
Kami bukan berniat untuk menyekat kreativiti atau menidakkan permintaan perminat terhadap merchandise FT, tapi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang buruk di masa akan datang. Adalah disyorkan supaya bekerjasama secara sah dengan pihak yang bertanggungjawab dan berlesen mengeluarkan merchandise agar tidak timbul sebarang masalah.
Harap maklum.
|
|