Post by hazz92 on Jul 21, 2009 18:14:00 GMT 8
firstly,minx maaf coz artikel nie agak sensitif..
artikel nie diambil drpd 1 forum (x mau ckp)..
artikel nie sal lagu sampai syurga..
juz nak bgi rcs bce..
ape pandangan korg??
''Pertamanya, lagu ini syirik. Kedua, kesalahan tersebut mencemar kedaulatan unsur kesusasteraan terutama berkaitan keagamaan. Kenapa? Kerana menggunakan 'syurga' sebagai perlambangan dalam bentuk yang salah.
Dari segi akidah, silapnya ialah manusia tidak wajar menjadikan syurga sebagai tempat menunggu kerana tiada apa yang harus dibawa dari dunia melainkan diri sendiri hatta jika perlukan pasanganpun, Allah sudah sediakan bidadari yang cantiknya 7 kali ganda daripada manusia di bumi.
Kupas: Kenapa syirik?
Sebelum ini pun ada lagu yang menjadikan 'syurga' sebagai perlambangan. Tidak salah asal digunakan di tempat yang sepatutnya. 'Syurga' dalam lagu ini menjurus kepada 'keputusan' sang penyanyi untuk 'berjanji' dan 'bertemu' di alam syurga sedangkan hakikat yang tidak melanggar hukum manusia tidak boleh menentukan untuk ke syurga atau neraka apatah lagi untuk menunggu teman dari dunia untuk bersama-sama di syurga
Lagu yang memenangi Juara Lagu pada 1992 tulisan Bob Lokman iaitu 'Pada Syurga Di Wajahmu' <--sebetulnya 'Ada Syurga Di Wajahmu' juga menampilkan perlambangan syurga tetapi tidak meletakkan syurga sebagai destinasi sebaliknya perlambangan bahawa wajah isteri seolah seperti syurga, serinya.
Berbalik kepada lagu Sampai Syurga, jikalaupun penulis merujuk kepada tuhan, nampaknya kufur nikmat kerana penulis seawalnya menyudahkan cerita dengan 'harapanku palsu'. Tuhan tidak memberi harapan, sebaliknya kepastian. Seterusnya, penulis mahukan si dia bah-gia. Jika dituju kepada tuhan, salah besar kerana tuhan dan bahagia bukanlah suatu yang boleh digambarkan. Sayang sekali, irama lagu ini sangat cantik tetapi lirik lemah dan tidak menggunakan otak. "