|
Post by faizalrocks on Oct 13, 2006 9:46:02 GMT 8
I had the strangest dream last night.....I was at 7-Eleven and looking around and suddenly.....I saw a whole shelf of ROCKENSTEIN Mineral Water!!! The labels were a very nice turquoise colour and printed on them were the words "Rockenstein Mineral Water". There was also some other stuff written underneath but I can't remember what it said exactly. I'm trying to figure out the significance of the dream but one thing's for sure, water is a good sign (equivalent to "rezeki"). Anyway I never thought that my first dream about Faizal would involve mineral water! ;D
|
|
|
Post by rienn on Oct 13, 2006 9:58:25 GMT 8
hmm... like mawi? ;D
|
|
|
Post by aryna on Oct 13, 2006 10:06:34 GMT 8
hehehe... pengaruh mineral mawi tu kut...
apapun.. ada mesej kat mimpi tu.... mana tau.. InsyaAllah... our next mission kan?
|
|
|
Post by illyani86 on Oct 13, 2006 10:18:12 GMT 8
apapun.. ada mesej kat mimpi tu.... mana tau.. InsyaAllah... our next mission kan? yup...btol...walau pun mimpi...mana2 yang baik kite bleh guna kan...
|
|
|
Post by morningdew on Oct 13, 2006 10:18:59 GMT 8
|
|
|
Post by mier on Oct 13, 2006 10:20:11 GMT 8
erm,good dream. but actual dreams are for pious people. no sign.but hope it'll become a reality.
|
|
kakgee
Junior Member
Posts: 80
|
Post by kakgee on Dec 7, 2006 0:41:24 GMT 8
Terlanjur dah ada thread ni kakgee nak tumpang sekaki, sebab malam tadi pun faizal muncul dalam mimpi.
Muqaddimah (penting sebab ia menjurus kepada macam mana boleh mimpi faizal)
"Sudah sepurnama aku menjadi ahli RC. Arakian, aku telah berkenalan dengan beberapa orang ahli rc antaranya ricecooker. Adapun berbalas pm lah kami kerana dekatnya tempat tinggal kami di daerah kulim ini cuma ditakdirkan belum berjumpa. Kelmarin aku begitu teruja apabila dia mengsms aku untuk memberitahu perihal faizal tahir yang akan bernyanyi di pisa jumaat ini. Malangnya aku memberitahunya tidak mungkin sama sekali aku ke sana walaupun hati melonjak2 untuk menatap wajah penyanyi pujaanku itu. Ini kerana konsert itu bakal berlangsung di malam hari di mana anak2ku memerlukan aku berada di sisi mereka mendodoikan mereka dan membelai2 mereka. Maka setelah lebih 10 sms kukirimkan kepada si periuk nasi yang jarak umur kami 17 tahun itu, aku pun masuk ke kamar beradu di sisi anak-anakku sehingga terlenalah aku.
Sesedarnya aku dari tidur pagi tadi, tiba-tiba aku teringatkan mimpiku yang masih jelas filemnya dalam kotak fikiranku. Ia bermula di sebuah rumah usang di dalam hutan ,tempat di mana aku telah menghadiri satu jamuan kecil anjuran pandu puteri kawasanku (mimpi ini bersesuaian dengan jawatanku sebagai salah seorang ajk pandu puteri daerah). Entah bagaimana dan dari mana muncul seorang jejaka tampan, oh rupanya faizal tahir. Tapi... aduh, rambutnya, seperti mula2 muncul dalam audition one in a million dahulu. Kulitnya lebih cerah dan badannya sedikit berisi. Ada seorang anak kecil yang mengekorinya, tetapi bukan mikaeel zidane gerangannya tetapi anak perempuannya dalam lingkungan usia sepuluh tahun. Faizal menapak menaiki tangga ke tingkat atas rumah usang itu dan lantas lalu di hadapanku yang sedang duduk di sebuah kerusi berhampiran tangga itu. Langsung tidak disapanya aku walaupun aku senyum kepadanya. Siapalah diriku ini...
Faizal terus masuk ke ruang tamu dan terus menuju ke sebuah komputer dan menghidupkannya. Apa yang timbul dalam benakku, sudah tentulah dia ingin melawati Fan Clubnya untuk mengetahui perkembangan terkini di dalamnya. Tidak lama kemudian dia pun keluar dan menuju ke arahku.
Aku: Faizal dah makan? (menu jamuan ialah mee kari, mungkin ini kerana ini kegemaranku) Faizal: (Senyum dan menjawab dengan sopan) Dah, diorang dah jamu tadi (diorang tu bebudak pandu puteri aku la)
Kemudian dia menyambung.. Faizal: Kakgee, boleh saya tanya sikit. Macam mana kakgee tengok saya dengan peminat. Aku: Faizal ok je. Cuma kakgee nak ingatkan, peminat ni faizal kena layan elok2, sama rata. Jangan lupakan diorang walaupun dah berjaya nanti sebab diorang ni penting sangat. Faizal: Ok, saya akan ingat tu.
Mimpiku berakhir di situ dan tidaklah aku mengingati bila dia pulang atau apa yang dilakukannya selepas itu.
Kesimpulan: Tak dapat jumpa faizal pun kakgee bersyukur dapat sembang dalam mimpi. I love him like my own brother (adik sendiripun lebih kurang umur dia)
So, sesapa lagi yang mimpi dia boleh join sini.
|
|
|
Post by rienn on Dec 7, 2006 0:46:52 GMT 8
terperinci sungguh mimpi kakgee itu... p/s arakian tu apa?
|
|
|
Post by ateeya on Dec 7, 2006 0:50:57 GMT 8
walaweih.... sempoi la kakgee.... mule2 bace meremang gak bulu roma trbayangkan rumah usang tuh... namun...sgalenye bertukar menjadi indah.....wah...untungnye dpt jumpe dlm mimpi pown jadilah....
|
|
|
Post by adrienne on Dec 7, 2006 8:21:57 GMT 8
ahakz!! anak sapa la tu.. [merujuk kepada budak perempuan yang dtg dengan faizal tu] tah tah anak hanim dengan faizal yang baru ni perempuan tak? hehe..
|
|
|
Post by ateeya on Dec 8, 2006 1:55:52 GMT 8
huhu.... klu anak pompuan..... wah...rockers la knk2 tersebut....
|
|
|
Post by zieydzidane on Dec 8, 2006 13:15:26 GMT 8
huhu.... klu anak pompuan..... wah...rockers la knk2 tersebut.... tapi jgnlah imej nye sampai jadik cam si nabila dalam final mentor bebaru nik...tak sesuweiii!!!
|
|
|
Post by ateeya on Dec 9, 2006 3:14:40 GMT 8
yup... tu dh truk sgt tuh... well i'm sure that our faizal able to teach his 'maybe-daughter' to be a...'anak solehah'.. ...
|
|
ricecooker
Full Member
i dont wanna be anything other than me
Posts: 184
|
Post by ricecooker on Dec 11, 2006 15:36:14 GMT 8
wakakaka!!! klaka la kakgee ni. baru sms sket dh trus masuk dlm mimpi... aduh la. sayang bebenor kakgee kt Peja tu yek!!! ;D ;D ;D kiranya sy ni salah satu punca kakgee mimpi Peja la. kalo camtu tiap2 malam sblom tido kita sms la kakgee. boleh kakgee mimpi Peja tiap2 malam. ;D ada saper2 lagi nk mimpi Peja? sms la sayer!!! ;D ;D ;D
|
|
|
Post by ateeya on Dec 14, 2006 0:55:33 GMT 8
fuiyooo....nk jugak...nk mimpi beliau stiap mlm....stiap detik...stiap saat....
huhu...habih spm aku thn dpn klu dok angau x menentu...
|
|