|
Post by rina_yuma on Sept 11, 2008 16:06:36 GMT 8
Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari=24 jam=1440 minit 1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita
=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM...
|
|
|
Post by aryna on Sept 15, 2008 14:43:02 GMT 8
orang yg sentiasa mengingat mati takkan lepaskan lidahnya mengucap zikrullah tiap saat.. kerana bimbang saat yg ia tidak menyebut nama ALLAH, saat itulah malaikat maut datang mencabut nyawanya...
wallahu'alam..
|
|
|
Post by Super94 on Jan 30, 2009 13:45:58 GMT 8
insaf sketike.. subhanallah..
|
|
|
Post by dyan on Jan 31, 2009 14:17:30 GMT 8
bgs jgk ada kesedaran di sebalik kelalaian kte selama ni..
|
|