|
Post by faizalrocks on Jan 23, 2007 14:19:28 GMT 8
10 RAHSIA UTK PUNYAI SAHABAT BAIK
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
|
|
|
Post by mier on Jan 23, 2007 21:00:25 GMT 8
Good gracious, I simply second with you. Smucked! Harapnya kawan2 jangan makan kawan. Please.
|
|
|
Post by Super_Zorro on Oct 10, 2008 23:13:03 GMT 8
k thanks kerna bg tips 2... minta2 lah super leh buat dgn penuh kesabaran for my friends...fuh amin
|
|
|
Post by miell on Nov 15, 2008 14:54:06 GMT 8
alhamdllah...miella ada sorg shabat baik dr zaman sekolah sampi la...
|
|
|
Post by suriya_jo on Nov 15, 2008 19:20:56 GMT 8
Good gracious, I simply second with you. Smucked! Harapnya kawan2 jangan makan kawan. Please. Thats true...
|
|
|
Post by suriya_jo on Nov 15, 2008 19:21:19 GMT 8
thanz for the tips..
|
|
|
Post by Super_Zorro on Nov 16, 2008 0:00:58 GMT 8
super try nak bahagiakan seorg sahabat...maybe dgn tips ni dpt ar mmbantu super
|
|