Post by rienn on Feb 18, 2008 17:03:18 GMT 8
Pengumuman khas daripada Penasihat-Penasihat RC.
PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA ROCKENSTEINERS TAHUN 2006/2007
Pihak Lembaga Penasihat Rockensteiners ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat barisan ahli jawantankuasa 2006/2007 yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 15hb Februari 2008.
Mereka adalah:
Pemegang Amanah:
- anastahir
Presiden:
- morningdew
Timbalan Presiden:
- zalfa
Bendahari:
- anastahir
Setiausaha:
- rienn
Penolong Setiausaha:
- emilynn
Exco 1:
- Bong^Bong
Exco 2:
- faizalrocks
Exco 3:
- jEn-[X]-
Exco 4:
- faidhi
Exco 5:
-adrienne
Exco 6:
-merz
Kami selaku Lembaga Penasihat kepada Kelab Peminat Rasmi Faizal Tahir ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatan kuasa Rockensteiners yang telah mencurahkan segala keringat dan sumbangan dari pelbagai aspek termasuk masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya sewaktu anda berkhidmat untuk tahun 2006 sehingga Disember 2007.
Meskipun kita menyedari bahawa banyak udang banyak garamnya, maka banyak orang maka banyaklah ragamnya namun kesemua AJK telah berjaya membuktikan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Namun, di atas dasar kepercayaan bahawa yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing dan atas sikap kita semua adalah seperti aur dengan tebing, saling berganding dan saling memerlukan, maka segala perkara dapat dilaksanakan dan diuruskan dengan baik dan sempurna.
Sesungguhnya bak kata pujangga, kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Atas dasar inilah, RC tidak akan kukuh seperti hari ini tanpa bantuan anda semua.
Begitupun, diharap juga kerjasama dan hubungan erat yang bersatu padu dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang.
Harapan kami, SEMOGA TERUS MAJU JAYA di dalam bidang masing-masing.
Untuk makluman, barisan penasihat RC akan terus kekal seperti biasa iaitu:
- pakbelalang
- aryna
- uptowndragon
Dengan segala hormatnya, kami selaku ahli lembaga penasihat Rockensteiners dengan ini mengesahkan pembubaran ahli jawatankuasa Rockensteiners dan pembukaan pencalonan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru untuk tahun 2008. Sehubungan dengan itu, kami melantik Cik Rienn untuk mewakili lembaga penasihat selaku setiausaha sementara Rockensteiners dan menguruskan segala urusan kelab Rockensteiners sehingga perlantikan AJK baru dibuat.
Sekian. Harap maklum. Terima kasih.
Wakil Lembaga Penasihat Rockensteiners,
PakBelalang
Aryna