fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 21, 2009 16:05:39 GMT 8
Sempena Ramadhan ini, mari kita berkongsi serba sedikit ilmu yg telah dianugerahkan Allah s.w.t kpd kita..
Sekadar renungan bersama..
Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]
Jadi sesiapa yg ingin berkongsi ilmu berkaitan Ramadhan dialu-alukn berkongsi disini.. Anda digalakkan meletakkan cerita mengenai ramadhan, hadis2, dan apa2 shaja berkaitan ramadhan.. Selamat menyambut Ramadhan!
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 22, 2009 11:38:53 GMT 8
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
|
|
|
Post by imah winchester on Aug 23, 2009 2:03:37 GMT 8
Abu Hurairah relates that the Holy Prophet, peace be upon him, said: "When Ramadhan arrives the gates of Paradise are opened and the gates of hell are locked up and satans are put in chains" (Bokhari and Muslim)
same2 le kte m'byk kn ibadah di bln yg mulia ni..
creadit to my fren,ruby.. ;D
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 23, 2009 14:24:59 GMT 8
Hutang Puasa
"Wahai Rasullulah.." seorang wanita menyapa." Ibuku telah meninggal dunia sedangkan dia berhutang puasa sebualan. Bagaimanakah itu?"
Baginda Rasullullah menjawab dengan sebaris persoalan, 'bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?"
"Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat. "Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w.
Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda," Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa,maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim)
|
|
|
Post by imah winchester on Aug 23, 2009 23:35:45 GMT 8
Hutang Puasa"Wahai Rasullulah.." seorang wanita menyapa." Ibuku telah meninggal dunia sedangkan dia berhutang puasa sebualan. Bagaimanakah itu?" Baginda Rasullullah menjawab dengan sebaris persoalan, 'bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?" "Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat. "Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w. Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda," Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa,maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim) mcm mne ye cre nk byr hutang puasa org yg dh meningal ni ye.. byr fidyah ke?? (sye bdk bru bljr..)
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 25, 2009 9:44:32 GMT 8
Hutang Puasa"Wahai Rasullulah.." seorang wanita menyapa." Ibuku telah meninggal dunia sedangkan dia berhutang puasa sebualan. Bagaimanakah itu?" Baginda Rasullullah menjawab dengan sebaris persoalan, 'bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?" "Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat. "Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w. Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda," Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa,maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim) mcm mne ye cre nk byr hutang puasa org yg dh meningal ni ye.. byr fidyah ke?? (sye bdk bru bljr..) owh..good question.. sy xbrani nk jwb coz xde jwpn yg btol2 sahih lg..tkot salah plak..nnt if da tau sy share ye.. ;D thnx 4 dat question..
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 25, 2009 13:17:11 GMT 8
Sahur walau seteguk air
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.” Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari) Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Aug 25, 2009 13:23:46 GMT 8
Adab berpuasa dan solat terawihOleh NAZMI AIDARUS Sumber: www.utusan.com.my/Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya; 2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia; 3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal; 4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei) Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat *****. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim); 5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai; 6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya. Kenyang Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi) Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.” As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa; 7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat; 8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim); 9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) - NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Sept 4, 2009 8:34:18 GMT 8
“Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.” (Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Sept 4, 2009 8:38:54 GMT 8
Doa
"Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan : Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Sept 7, 2009 15:23:41 GMT 8
Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. ;D ;D
|
|
|
Post by imah winchester on Sept 8, 2009 0:01:30 GMT 8
~mengempang atau menahan??~
Puasa ertinya menahan..bulan puasa ialah bulan menahan..apa yg kita tahan?? menahan nafsu, nafsu yg menjadi punca kejahatan dlm diri..
Nafsu tidak boleh dihapuskan tetapi perlu dikawal..dan syarat pertama untuk kita dapat mengawal sesuatu ialah kita mesti mampu menahannya terlebih dahulu..bila kita mampu mengawal nafsu, barulah kita mampu mengawal diri..
Mengawal nafsu seperti mengawal kereta, kita mesti ada brek..dengan brek kita boleh berhenti tpi bile brek sudah rosak atau haus maka kereta akan meluncur laju hingga terbabas..
Benarkah puasa kita selama ini sudah berfungsi sebagai brek pada nafsu kita?? benarkah puasa kita sudah menahan?? atau sengaja mengempang??
Maksudnya..siang kita mengempang nafsu makan..tapi bila berbuka, kita lepaskan semahu-mahunya. jika demikian, puasa kita bukan melemahkan kejahatan nafsu, malah melatihnya agar lebih kuat hingga menjadi jana kuasa..selalunya bila bulan puasa, makanan yg disediakan untuk berbuka jauh lebih enak, lebih banyak berbanding bulan2 biasa..ini mengempang nafsu, bukan menahannya..belanja dapur bertambah daripada biasa, nafsu tidak terdidik, hati menjadi resah, fizikal lembap..tujuan puasa tidak kesampaian, rugi dunia, rugi akhirat..
Jadi mulakan langkah meningkatkan puasa dengan biasa2 sahaja sewaktu berbuka..percayalah, bila lapar kita lebih berselera..hanya nafsu yg merasuk nak itu nak ini..
fikir2 kan lah kawan2..
creadit to mubarak 09.. ;D
|
|
|
Post by imah winchester on Sept 9, 2009 1:15:31 GMT 8
sbnr nye kte post info kt cni sbb kte penah t'keliru ngan solat witir ni..so kte google n dpt info ni n nk share ngan kawan2..
HURAIAN SOLAT WITIR
Oleh Us. Haji Mohd Zakuan b Haji Tak
Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara bersaorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( HR. Ahmad)
Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya:
1) Solat witir itu lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatib yang lain.
2) Para malaikat turut menyaksi diatas kesungguhan amalannya.
Waktu Solat Witir.
Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:
Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “.
Disegerakan Atau Mentakhirkan Solat Witir.
Disunatkan pula untuk tidak melengah-lengahkan malah disegerakan solat witir itu pada permulaan malam bagi sesaorang yang takutkan kalau-kalau ia tidak dapat bangun pada akhir malam, Tetapi bagi seseoarang yang merasa sanggup dan dapat bangun pada akhir malam , maka mengtaakhirnya itulah yang lebih afdhal. Keterangan hujah diatas adalah terkandung didalam sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibu Majah.
Rasulullah berwasiat kepada sebahagian sahabat beliau, agar jangan tidur dahulu melainkan selepas mendirikan solat witir. Hal ini tentunya untuk sikap berhati-hati bagi seseorang yang bimbangkan atau merasa tidak boleh bangun pada akhir malam.
Kekeliruan Solat Witir.
Terdapat pendapat yang mengelirukan dimana mengatakan bahawa sesudah solat witir itu, maka tidak boleh dilakukan lagi apa-apa sembahyang sunat. Atau bilamana hendak dilakukan juga solat sunat yang lain perlulah DIBUKA kembali dengan mengerjakan solat mutlak dan selepas mengerjakan solat sunat maka hendaklah DITUTUP kembali dengan sunat witir. Pendapat ini adalah laro’ samasekali dan tidak mempunyai bukti dari hadis yang sohih. Pendapat ini adalah sekadar pendapat yang tidak terdapat mana mana kitab yang muktabar. Kesilapan besar ialah menganggap bahawa witir itu adalah penutup segala-galanya. Dan lebih mengelirukan lagi, jika dibuat juga sebarang solat solat sunat maka solat yang dikerjakan itu adalah sia sia dan tidak berpahala langsung dari Allah SWT.
Nota : Tidak ada tutup dan buka dalam ibadah sembahyang.
emm..btol kn ye klo kte ade t'silap kt mne2 ke.. ;D ;D ;D
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Sept 11, 2009 3:22:06 GMT 8
thnx cik sue 4 da solat witir info..i appreciate dat! ;D ;D
|
|
fendyz
Full Member
I.Music.You
Posts: 102
|
Post by fendyz on Sept 11, 2009 3:25:04 GMT 8
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut
Apakah tanda malam Lailatul Qadr?
Telah berkata Imam an Nawawi di dalam syarah Muhazzab- telah berkata ashab kita, dan bermula sifat Lailatul Qadr itu dan tandanya ialah malam yang tiada panas dan tiada pula sejuk, dan pula matahari terbit ia pada pagi harinya putih cerah tiada baginya banyak sinaran, itulah tandanya.
Sinaran matahari itu mengapa tiada memancar pada pagi malam Lailatul Qadr?
Telah berkata Imam an Nawawi Rahimahullah taala di dalam syarah muslim telah berkata al Qadhil’iyadh, kata qiila makna tiada sinaran bagi matahari pada malam Lailatul Qadr itu bahawasanya ialah alamat yang dijadikan Allah taala baginya. Katanya - dan kata qiila bahkan kerana banyak malaikat pada malamnya turun naik dari langit ke bumi dan dari bumi ke langit jadilah terdinding matahari itu dengan segala sayap malaikat-malaikat itu dan terdinding oleh segala tubuhnya yang halus itu akan nampak cahaya matahari dan sinaranya.
Menyembunyikan kata melihat Lailatul Qadr?
Kata Imam an Nawawi rahimahullah taala di dalam Majmu’, - telah berkata صاحب الحاوى disunatkan bagi seorang yang melihat akan malam Lailatul Qadr itu bahawa ia sembunyikan, dan berdoa ia dengan niat yang ikhlas dan soh yakin akan sebarang apa yang disukai daripada ugama dan dunia, dan adalah ia membanyakkan doanya bagi ugamanya dan akhirat.
waAllhua’lam
|
|