|
Post by cik BintanG on Mar 18, 2009 18:14:19 GMT 8
eh yg ni kan bukan off lampu je kan ape je yg gn elektrik cam iron, kipas, ekon, TV , radio dan sebagainye tp yg paling mudah off lampu je lah kot tp kalo nak wat ni ku kena charge mp3, fon,.. utk mngelakkan buring dlm masa 1 jam tuh..huhu pssttt, kalo tempat ku je off lampu nnt ingt umah ku x bayar letrik..hehe kiddin' ;D
|
|
|
Post by ecahaishah on Mar 18, 2009 18:21:26 GMT 8
i will vote for yes...!!! ala, bkn slalu pon... selama kte hidup, brp byk penjimatan telah kte lakukan..?? kesian bumi kte... jagalah selagi kte termampu...
|
|
|
Post by Sue Ann on Mar 18, 2009 22:09:04 GMT 8
af mula kul 9 la... earth hour start kul 8.30~9.30pm larr daklengluiiiiiiiii... so from 9.00~9.30 dak af nyanyik lam gelap yek..?? senang je... stat kul 9.30 ... apa susahnya...
|
|
|
Post by zieydzidane on Mar 18, 2009 22:28:29 GMT 8
isshhhh.. memende camni kte kena sepot larr!! say NO to global warming!!... "kte bkn mwarisi bumi ini tapi kte mminjam nye dari anak2 kte..." .... ku dengo kt satu radio tu... huhuuhh ;D yup! btol sesangat pepatah tu... ku pernah dpat "good" masa bg ulasan ttg peribahasa tu ms form five...igt lagi my english teacher selalu tekankan psl environment n earth, n soh huraikan topik tu sbg homework...dgn english yg berterabur, cikgu bagi 'good' pun bangga giler!
|
|
|
Post by naemnzr on Mar 18, 2009 22:29:46 GMT 8
yup
i'll try to do it dis 28th of march; ) save the earth!
|
|
|
Post by zieydzidane on Mar 18, 2009 22:31:38 GMT 8
selamatkan bumi kita!
err tapi tb kat umah ku biol lah, kalau off nanti bila on balik only after 1 hour br ade sore, abih camner? kalau off segala for one hour, memang ku tak boleh tgk tb dah pas tu...kalau tgk pun tgk tb bisu je hehehe
|
|
|
Post by Sue Ann on Mar 18, 2009 22:36:53 GMT 8
Save The Earth for our own good and for our children's future!!! Say NO to Global Warming!
|
|
|
Post by hidaya on Mar 19, 2009 9:41:02 GMT 8
i've voted for YES !!! n definately will switch off the lights. tp laptop x taulah. sb dah tutup tv, tu je la sumber hiburan.
|
|
|
Post by *~*SHA*~* on Mar 19, 2009 10:03:02 GMT 8
heheh...toce2 kepada sape yg sokong ini kempen.... mmg rsa cam susah gak nak ikut kempen ni...tp juz ttp lampu sure boleh kan.... brg2 letrik lain tu, terpulang kpda anda...jd caj la mana patut..enpon, lptop, ipod ke ape ke...hehe
|
|
|
Post by amalin on Mar 19, 2009 10:55:45 GMT 8
ada satu documentary pasal global warming ni yg saya rasa smua org kena tgk.. tajuknya An Inconvenient Truth yg disampaikn oleh bekas Naib Presiden US, Al Gore.. nnt konpem terkejut tgk kesan2 dari global warming nie..lbh teruk dr apa yg kita sangka.. Sayangi Bumi Kita
|
|
|
Post by *~*SHA*~* on Mar 19, 2009 11:01:25 GMT 8
SAYANGI BUMI KITA, LOVE OUR EARTH
|
|
|
Post by rienn on Mar 19, 2009 12:01:12 GMT 8
Henti siaran satu jam Oleh Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my Rap RANGKAIAN radio Media Prima Berhad, Hot FM, Fly FM dan One FM serta stesen televisyen 8TV, mencatat sejarah sebagai stesen penyiaran tempatan pertama menyokong kempen Earth Hour yang diadakan pada 28 Mac ini selama satu jam bermula 8.30 malam. Kempen alam sekitar bagi mewujudkan kesedaran untuk masyarakat bermula sejak 2007 atas inisiatif Tabung Alam Sedunia (WWF) di Sydney, Australia. Seramai 50 juta penduduk dari 35 negara mengambil bahagian dalam kempen dianjurkan tahun lalu. Malah WWF mensasarkan menarik satu bilion penduduk merangkumi badan kerajaan dan korporat termasuk WWF Malaysia untuk turut serta dalam kempen kesedaran global ini. Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, stesen radio turut berperanan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai alam sekitar. "Melalui tiga stesen radio ini, kami menyokong dan melaksanakan beberapa kempen seperti promosi dan iklan memaklumkan pendengar mengenai kempen dijalankan. Di samping memberi kesedaran, ia juga memberi maklumat tambahan kepada pendengar mengenai isu pemanasan global yang sering diperkatakan kebelakangan ini. "Malah ketiga-tiga stesen radio berkenaan juga akan menghentikan siaran selama sejam sebagai tanda menyokong kempen berkenaan," katanya pada majlis sidang akhbar Kempen Earth Hour, baru-baru ini. Sejak awal Mac lalu, beberapa mesej dan kempen berkaitan Earth Hour giat dijalankan barisan selebriti popular tanah air antaranya Zainal Abidin, Sarimah Ibrahim, Yasmin Ahmad (pengarah), Alex Yoong (pemandu kereta lumba) dan barisan penyampai radio. Di samping menyokong kempen, pihaknya turut mengajak orang ramai turut serta menjayakan misi berkenaan. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam.Ini bertujuan meningkatkan kesedaran betapa perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Sementara itu, Pengurus Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim menyifatkan pembabitan stesen televisyen itu turut memeriahkan kempen berkenaan. "Untuk mendapat kelulusan menghentikan siaran selama sejam memang sukar kerana kami terpaksa memaklumkan kepada pengurusan atasan termasuk kementerian sendiri. Malah kami terpaksa bersandarkan kepada alasan yang kukuh. Begitupun, kami gembira kerana usaha untuk menyokong kempen ini mendapat persetujuan pihak atasan. "Pemilihan waktu perdana iaitu 8.30 malam juga adalah masa paling tepat untuk menghentikan siaran supaya mesej yang ingin disampaikan jelas dan memberi impak lebih besar kepada masyarakat," katanya. Dalam pada itu, wakil Eksekutif Kanan Perhubungan Korporat WWF Malaysia, Abinesh Raj, berkata pihaknya berharap lebih ramai anggota masyarakat dan syarikat korporat akan mengambil bahagian. Setakat ini beberapa lokasi utama di seluruh Malaysia seperti Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur dan badan berkanun menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian. Bagi yang berminat menyertai kempen Earth Hour layari laman web www.earthhour.org/malaysia. www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Rap/20090319084521/Article/index_htmlelok la... tak semestinya lampu.... sbb ada orang mmg concern nak tutup lampu mlm2 nih...
|
|
|
Post by cik BintanG on Mar 19, 2009 13:37:15 GMT 8
owh, maknya nye radio n tv di bawah media prima akan dihentikan sementara siarannya selama satu jam tu ek
waaaoo... camtuh ek
buletin utama stengah jam ek..hehe
bes ar..cam sumthing je rasa..hehe
at least dorg bg sokongn jugak dan bukan stakat promosi je kan
hehhe
tp masa mlm tu sume jaga2 tau, yelah mlm dlm gelap mcm2 leh jd
jgn lupe kunci umah sblm tutup lampu
nnt ade tetamu yg x di undang...huhu
|
|
|
Post by *~*SHA*~* on Mar 19, 2009 13:39:40 GMT 8
hehehe...okeh2..kunci pintu sume yek sblm ttp lampu.... hrus sha ttp tv sejam je nie..pas 9.30 bkk balik...ekekeeke
|
|
|
Post by Super_Zorro on Mar 19, 2009 14:37:05 GMT 8
SAYANGI BUMI KITA, LOVE OUR EARTH wah bersemangat yew ;D ;D ;D bgs2 ptt dicontohi... 28 mac...
|
|