|
jenaka
Nov 12, 2008 9:50:01 GMT 8
Post by mrberong on Nov 12, 2008 9:50:01 GMT 8
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya.. Woakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....
|
|
|
jenaka
Nov 12, 2008 10:01:27 GMT 8
Post by hidaya on Nov 12, 2008 10:01:27 GMT 8
aduuuiyay!!
|
|
|
jenaka
Nov 12, 2008 10:15:39 GMT 8
Post by mrberong on Nov 12, 2008 10:15:39 GMT 8
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua > rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. > Jadi pada suatu hari,rajanya membuat pengumuman > hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki > mengaku... Katanya : "saya adalah yang paling malas.. > Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" > Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak > makan, ada orang yang menyuapkan saya". > Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya > lebih malas lagi dari dia tuanku". > Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak > tahap malas awak?" > maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada > orang tolong > kunyahkan". > Maka raja pun terdiam? > Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang > kepadanya sambil > berkata : > "saya adalah yang paling malas tuanku". > Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" > budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
|
|
|
jenaka
Nov 12, 2008 10:29:10 GMT 8
Post by mrberong on Nov 12, 2008 10:29:10 GMT 8
Antara CIA, FBI & PDRM
CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka.
Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.
CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.
Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.
PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, oK.... aku arnab... aku arnab!!
|
|
|
jenaka
Nov 12, 2008 11:01:19 GMT 8
Post by suriya_jo on Nov 12, 2008 11:01:19 GMT 8
so funny, hehe
|
|
|
jenaka
Nov 12, 2008 11:10:23 GMT 8
Post by miell on Nov 12, 2008 11:10:23 GMT 8
hehehe...sesi lawak d pg ari...woit..pg apa nyer matahari dah nek
|
|
|
jenaka
Nov 13, 2008 9:39:33 GMT 8
Post by mrberong on Nov 13, 2008 9:39:33 GMT 8
Badak dan Monyet
Badak dan monyet (sape lagi bijak dan kejam??!) Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seekor jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malayanihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak... kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi ***"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""
Moral: Jangan kawan dengan monyet
|
|
|
jenaka
Nov 13, 2008 9:58:16 GMT 8
Post by suriya_jo on Nov 13, 2008 9:58:16 GMT 8
Hehe...
|
|
|
jenaka
Nov 13, 2008 10:25:56 GMT 8
Post by mrberong on Nov 13, 2008 10:25:56 GMT 8
kisah 3 pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!! "
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss! !!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" ."Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".
|
|
|
jenaka
Nov 13, 2008 12:37:43 GMT 8
Post by Super_Zorro on Nov 13, 2008 12:37:43 GMT 8
GEMPAKSS huuu
|
|
|
jenaka
Nov 13, 2008 13:04:15 GMT 8
Post by mrberong on Nov 13, 2008 13:04:15 GMT 8
sesiape yg ada cerita lawak jenaka.. bole la post kan di sini...
|
|
|
jenaka
Nov 15, 2008 14:51:59 GMT 8
Post by miell on Nov 15, 2008 14:51:59 GMT 8
mrberong ada byk citer lawak ker?
|
|
|
jenaka
Nov 16, 2008 8:18:00 GMT 8
Post by mrberong on Nov 16, 2008 8:18:00 GMT 8
x la banyak... tp bole ar menghilangkan waktu boring berong...
|
|
|
jenaka
Nov 17, 2008 16:29:11 GMT 8
Post by zima on Nov 17, 2008 16:29:11 GMT 8
hahahhhhhhhhhhaaa... bleh buat aku tersenyum sorang2...
|
|
|
jenaka
Nov 17, 2008 16:40:53 GMT 8
Post by mrberong on Nov 17, 2008 16:40:53 GMT 8
hahahhhhhhhhhhaaa... bleh buat aku tersenyum sorang2... itulah jenaka namanya....
|
|