aina
Full Member
* la da di dum *
Posts: 183
|
Post by aina on Dec 23, 2008 13:59:37 GMT 8
crite 1st berong tu kannnnnnnn......,, ehm...ustz misnan.. sperti ku knal name tu...
|
|
|
Post by mrberong on Jan 7, 2009 16:58:19 GMT 8
crite 1st berong tu kannnnnnnn......,, ehm...ustz misnan.. sperti ku knal name tu... kenal ke... rasanya pelanduk 3 serupa
|
|
aina
Full Member
* la da di dum *
Posts: 183
|
Post by aina on Jan 8, 2009 15:08:40 GMT 8
crite 1st berong tu kannnnnnnn......,, ehm...ustz misnan.. sperti ku knal name tu... kenal ke... rasanya pelanduk 3 serupa ye ke 'pelanduk'..haha..pape je laaa..
|
|
|
Post by mrberong on Jan 28, 2009 16:29:51 GMT 8
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya. KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN! Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan. Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli.
post byMRBERONG
|
|
|
Post by Super94 on Jan 28, 2009 18:38:03 GMT 8
wah.. bnyk sngguh manfaat dari citer mrberong nie.. gitu rupenyer..
|
|
wAsAbI
New Member
~AlifWauMimYa~
Posts: 23
|
Post by wAsAbI on Jan 29, 2009 17:53:56 GMT 8
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling > bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan > kulit banduan yang akan digantung. > > Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. > Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan > diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 > kilo selama 72 jam. > > Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia > diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. > > "Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh > poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada > empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas > Samuel. > > Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang > berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan. > > APABILA RAYUAN DITOLAK > > Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung > dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi > sehingga hukuman dilaksanakan. > > Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka > dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang > bertugas. > > Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga > habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, > Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. > > Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah > Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di > mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad > pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara > 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. > > "Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan > beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada > hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya > lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel. > > Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan > pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman > gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. > > "Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar > dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan > harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata > Samuel. > > Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya > yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu > di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir." > > Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan > terakhir ini. > > Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai > RM7.50. > > HARI PENGGANTUNGAN > > Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman > gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk > hukuman dilaksanakan. > > "Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan > tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi > agresif sehingga ke saat-saat terakhir. > > "Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka > lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila > kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang > salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak > tahan lagi menunggu," katanya. > > Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka > akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. > > "Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang > banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. > > Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada > hari hukuman. > > "Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar > sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai > kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan > jenaka," cerita Samuel. > > Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk > pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari > hukuman akan dilaksanakan. > > BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG > > Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan > secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. > > Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian > 5.18 meter. > > Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian > suasana penjara. > > Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar > dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat > kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya > membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. > > Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian > berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan > akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam > dibiar tergantung. > > "Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati > jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada > dia, semuanya tak ada masalah. > > "Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan > letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- > bos saya dulu," kata Samuel. > > Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. > Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada > anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. > > "Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, > lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi > penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan > bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. > > p/s: menarik gak info ni..org Islam yg kena hukum gantung semua digantung > hari Jumaat tau..bukan senang nak dpt kelebihan mati hari > Jumaat...hmmm.... >
|
|
|
Post by Super94 on Jan 29, 2009 18:03:57 GMT 8
ya Allah.. insafnyer ble bce citer wAsAbI nie.. ssungguhnyer kte prlu jauhkn diri dari prkare yg x elok.. itu la yg swajarnyer..
|
|
|
Post by mrberong on Feb 11, 2009 10:11:07 GMT 8
fuhhh... debar gak skit.... 2 la/... wat salah lg.... tp kalu nak mati ar jumaat... wat ar..
|
|
|
Post by mrberong on Feb 11, 2009 11:02:14 GMT 8
teraba-raba leher masa bace. gulp! .. jauhilah dadah! hehe tp kalu nak mati ari jumaat... -amalkan lah-
|
|
|
Post by smiley on Feb 11, 2009 23:42:26 GMT 8
dalam rasa keinsafan sempat lg ku tergelak...
|
|
|
Post by mrberong on Feb 17, 2009 10:15:03 GMT 8
tali gantung yg dah di gunakan.... wat tarik no ekor best gak nih...
|
|
|
Post by mrberong on Feb 24, 2009 9:56:37 GMT 8
nasib la aku ni tak suke pakai bedak dari azali lagi.
Bedak talkum undang maut?
Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari. Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari."Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari."Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia."Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras."Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.
post by : MRBERONG
|
|
|
Post by mrberong on Feb 25, 2009 9:28:27 GMT 8
Rahsia Bantal
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu
post by: MRBERONG
|
|
|
Post by mrberong on Feb 25, 2009 11:28:45 GMT 8
ASSALAMUALAIKUM..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? And here is the rest of it.
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
ingat lah wahai manusia... setiap benda benda yg terjadi ke atas kita ada hikmah disebaliknya... tak kira baik atau buruk kejadian itu...
amin...
post by: MRBERONG
|
|