|
Post by niki on May 2, 2008 22:07:50 GMT 8
hi..... niki bukak thread ini untuk membincangkan tentang faizal yang kita sayangi & kita kagumi bakatnya namun 2008 ternyata memberi kesan yang bukan sedikit kepada faizal. malah mungkin akan meninggalkan parut yang mendalam selagi faizal bergelar anak seni jauh di sudut hati niki, turut merasakan tekanannya. ada kalanya niki terheret sama dengan emosi hingga menitis air mata melihat faizal melalui liku2 yang beronak sejak di dalam OIAM. faizal ditohmah & difitnah. bukan sedikit fitnah yang dilemparkan hingga mengheret kepada perkahwinan faizal. selepas OIAM. faizal sekali lagi terheret semasa separuh akhir Muzik2. namun detik paling memberikan kesan ialah pada ulang tahun 8TV dan rentetannya membawa ke hari ini. meskipun faizal telah dihukum. selamat menjalani hukuman. kini dia sekali lagi dihukum. berat sekali apa yg faizal tempuh. sekali gus masyarakat terusan melabelkan faizal raja kontroversi. jika anda tanya niki. di mana silapnya? adakah faizal seperti yg dikatakan oleh mufti? bagi niki kata2 yang diluahkan oleh mufti itu agak keterlaluan. beliau menghukum faizal berdasarkan kisah lampau. bukan kisah sekarang. beliau masih melihat faizal yang dulu & masih enggan menerima hukuman yang faizal telah jalani. sepatutnya belaiu menunjukkan jalan bukan menutup jalan. itu lbh baik bg seorang bergelar mufti yg dihormati. antara kontroversi & bakat..... ternyata bakat faizal diakui ramai. malangnya ramai menganggap sikap & kontroversi faizal mengatasi bakatnya. bg niki, niki melihat faizal seorang penghibur. persembahannya energetic. tapi org luar yang bukan peminat faizal akan sentiasa mencari salah faizal. jadi mereka terusan mencipta kontroversi untuk menambahkan lagi koleksi kontroversi yang faizal cipta. mmg faizal pernah buat salah. dia pernah melakukan sesuatu yang kurang manis dipadang. tetapi, manusia mana tak buat salah? ada siapa yang berani mengaku dia tak pernah buat salah? salah dengan manusia? salah dengan ibu bapa? salah dengan kawan? salah dengan Allah? pasti anda semua pernah melakukan kesalahan. antara kecil atau besar, anda juga manusia yang takkan lari dari berbuat salah. niki ingin tanya.... jika kita buat salah. apa yang anda harapkan? kemaafan? peluang kedua? pastinya kita mendambakan kemaafan & peluang keduakan? selagi kita bernafas, insyaAllah pasti kita akan cuba menggunakan peluang itu sebaik mungkin. peluang untuk berubah tetap ada selagi Allah tidak mencabut nyawa kita. malangnya, hal ini tidak berlaku kepada faizal. dia terus dihukum. niki tak nafikan selepas hukuman itu, perubahan yang faizal lakukan tidak banyak sama ada dr segi pakaian atau aksesori yang dipakai mahupun gaya dia berposing. tapi kita tak boleh mengharapkan dia berubah terus dlm sekelip mata. berilah dia peluang berubah sedikit demi sedikit. perubahan yang dilakukan dengan rela hati pasti akan bertahan lebih lama. bukan atas paksaan tapi rela hati. itu lbh ikhlas. jika org luar menganggap faizal seorang yang over tapi niki yg pernah berjumpa faizal secara peribadi menganggap faizal seorang yang senang didampingi. ramah. murah dengan senyuman. kata orang, dekati dulu faizal. baru anda tahu siapa faizal tahir. jangan menilai dia dr luaran sahaja. berilah faizal ruang & peluang meskipun kontroversi mengiringi perjalanan kariernya. tapi lihatlah bakat yang Allah anugerahkan kepadanya. jangan kita bunuh bakatnya kerana kontroversinya. kasihanlah anak muda yang cukup berbakat besar ini, ayah kepada dua org anak, suami kepada seorang isteri yang perlu mencari nafkah untuk menyara keluarganya. tergamak kita menutup periuk nasinya? kejamkah kita yang bernama manusia yang miskin & hina ini? niki percaya. asalkan faizal tahu siapa dia. pasti Allah melindunginya kerana kini faizal seringkali dijadikan mangsa dek kerana kesilapannya yang lalu. berilah dia ruang untuk bernafas dengan nafas yang tenang. janganlah kita bersikap seperti hakim di padang masyhar. tegurlah faizal dengan baik jika dia tersilap langkah. bawa dia kembali ke jalan yang harus dia tuju. lagikan Allah tidak pernah zalim pada umatnya. inikan pula umatnya yang sekerdil2nya di sisiNYA. jangan angkuh dengan kuasa yang kita ada sama ada sebagai peminat atau orang luar atau pemimpin. janganlah kita sesenangnya menuding jari. semudah2nya merendah2kan maruahnya. ingatlah firman Allah "janganlah kamu mendedahkan aib org. perbuatan kamu umpama makan daging sedara sendiri". Allah akan melindungi org yang menjaga aib org seperti menutup aibnya sendiri. antara kontroversi & bakat anak muda bernama faizal tahir ternyata membawanya ke dalam dilema yang begitu menghimpitnya. doa niki mengiringi perjalanan faizal. moga anda diberkati & dilindungi sentiasa. setiap yang pahit biarlah masa mengubatinya. pasti esok atau lusa ada manisnya semanis senyuman faizal tahir. moga faizal tabah dengan ujian Allah. pasti ada hikmahnya.
|
|
|
Post by suriya_jo on May 3, 2008 9:13:26 GMT 8
Slm. First of all, sy ckp kagum dan hands up to niki, sy setuju benar dan sy dr dulu berpendapat sebegitu, pernah pelajari serba sedikit tentang Islam. Cuma napelah kan msh ada ramai yg cetek bab agama? Harap ari nie Abg dapat tebus segala kekecewaan dan kecacian yg diterima selama ini. Harap Abg mbolot sbanyak anugerah yg leh. Ini bka aje memberi peluang buat Abg utk menunjukkan yg beliau bkn shj berbakat, tetapi membuktikan kebenaran di pihaknya. Saya maklum abg telah sedar dan insaf di atas kesalahan yg lepas, cuma, BB tak dapat diterima sepenuhnya olh sesetgh masyarakat yg berpangkat. Ini kerna mrk tidak dpt menerima kenyataan bhw Abg berpotensi seperti mrk. Bknnya tak kenal, tapi buat2 tak kenal lah tu? Kontroversi inilah yg akan membuatkan BB maju ke depan, setiap ari ada aje org mgingatkan milion of his fan pasal BB. Sampai dlm mimpi pun terbw2 wajah dan senyuman BB yg tulus tu. BB, jgn risau, sekadar manusia yg menuduh dan megelurkan kata2, tetapi God is with u. Ini terbukti dgn kemenangan dan pencalonan yg BB terima serta sokongan peminat yg semakin ari bertambah. Bkat semulajadi BB ini perlu digilap lagi spy BB terus berjaya ke arena antarabangsa sbg Rock Star yg superb,natural, kacak, cute, comel,molek, dan pe2 jer. ;D Korang tambah lah lg ye, sy dah pening, tak sihat nie.......................
|
|
|
Post by rokerina on May 3, 2008 16:13:52 GMT 8
Salam... Kita harus melihat semuanya dari sudut yang positive, untuk kebaikan kita bersama.
Apa juga perkara pelik (di mata sesetengah mereka) yang Faizal lakukan, mereka menjadikannya satu issue kontroversi adalah kerana latar belakang Faizal itu sendiri.
Faizal adalah x-nasyid member (itu hakikat yang tak boleh diubah sampai bila2), datang dari background yang disegani, dihormati dan educated, jadi expectation orang dari Faizal adalah berbeza berbanding dengan artis lain, like it or not the expectation is very high.
Being an ex-nasyid, Faizal diharap membawa kelainan yang positive, of course. Bila cakap pasal rock seperti yang kita sedia maklum, persepsi orang sentiasa negative terhadap apa yang dibawa oleh aliran muzik itu.... dari dulu sampai laa ni tak berubah, walaupun tak semua macam tu.
So, bila insan bernama Faizal Tahir terjun ke dunia rock, ada banyak perkara yang diperhatikan orang. Ramai yang berasa cuak... terutama bila tengok Faizal buat perkara2 yang sinonim dengan rockers (yang -ve). Masakan tak cuak dan kecewa... Faizal punyai ramai peminat, dan samada Faizal sedar atau tidak sebenarnya Faizal dah bawa bersamanya kalangan peminat dari zaman nasyidnya dulu, selain peminat dari kalangan rockers juga.
Dari situ kita boleh faham kenapa mufti bersuara... tak mahu Faizal mahupun peminatnya terleka. Benar, pendekatan mufti agak tidak menyenangkan tapi yang penting niat ikhlas beliau. Faizal seorang yang bertuah sebab sentiasa ada yang menegurnya bila lihat Faizal sedikit terleka.... Alhamdulillah.
So, kita sama2 jaga adab & tingkah laku, responsibility itu bukan terletak di bahu Faizal sorang tapi juga peminatnya. Jangan keterlaluan bila buat sesuatu, kerna apa saja yang kita lakukan secara keterlaluan akan memudaratkan diri. Ambil kira pandangan orang walaupun pada perkara yang kecil, kerana biasanya kita tak dapat melihat apa yang dilihat oleh orang lain pada diri kita.
Pada Faizal, sabar dengan dugaan yang dilalui. Apa saja pekerjaan yang kita lakukan mesti ada cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Pengajaran yang diperolehi dari dugaan itu akan menjadikan kita insan yang lebih matang dan lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah. Faizal punya bakat yang luar biasa, gunakan dengan sebaik-baiknya ok.
Take good care of yourself & Allah will take good care of you.
|
|
|
Post by fffff on May 3, 2008 17:42:16 GMT 8
setuju dengan atashinchi.
Apepun pandangan org w'pun remeh perlu dipandang dan dinilaikan semula.Faizal mmg bertuah kerana segala yg faizal lakukan mendapat perhatian ramai.Moga kte semua menjadikan segala kontrovesi ini sbgai pembakar semangat untuk terus bergerak ke hadapan.
|
|
|
Post by suriya_jo on May 3, 2008 18:00:01 GMT 8
Slm.
Dunia Rockers dan Nasyid adalah berbeza, di mana semua sedia maklum, Nasyid byk memberi kita pendedahan kpd unsur keagamaan dan erti kata lain unsur ketuhanan dan Islam. Tetapi, semua antara kita perlu sedar bhw arena rock ini tidak semestinya mgandungi unsur2 negatif je. Mgkin, perubahan dan peralihan abg disebabkan abg inginkan kelainan, dan vokalnya yg tinggi ini, mampu membw beliau ke satu thp dimana, beliau mampu membw lagu pelbagai versi dan rentak dr Nasyid, balada, rock, easy listening......... Walaupun mmg lagu Nasyid yg dibwnya enak didengar ttpi disebabkan Abg Faizal membw pelbagai rentak terutamanya Mahakarya Cinta, abg dikenali ramai, malah peminatnya terdiri dr pelbagai bangsa. Memang tidak dpat dinafikan bhw kump Mirwana yg dianggotainya jg tidak krg hebatnya, tapi utk perubahan masa , pembaharuan perlu dibuat. Teguran dan nasihat sepatutnya perlu utk sesorg artis itu, tetapi biar bertempat dan cara yg lebih ke arah positif. Klu kita berpegang pada sesuatu prinsip dan pada sudut agama pun, mgajar kita utk lebih berhati2 sms menasihati atau menegur sesrg tu tanpa menjatuhkan maruahnya. Teguran yg diberi perlulah tegas dan memberi manfaat, bkn utk memperli dan mrendahkan keblhan serta kemampuan seseorg itu. Harap segala teguran, ataupun kritikan panas ini dpt membantu insan yg bernama Faizal Tahir utk lebih berusaha, dengan erti kata lain, buang yg keruh, ambik yg jernih. Gunakan bakat yg Tuhan beri ini utk lebih maju ke depan tanpa menoleh, teruskan perjuangan abg dan sudah tentu anda dpt memperolehinya. Dan semestinya, sblm melakukan sesuatu ingatlah pd yg Esa, sdh tentu tidak akn berlaku sbrg kejadian yg tidak diingini. Harap mulai dinihari dan detik2 yg akan dtg dpt mengubah pendirian abg utk menjadi insan yang lebih matang.
|
|
|
Post by *~*SHA*~* on May 12, 2008 11:26:40 GMT 8
salam...sha setuju dengan u all semua... bagi sha bakat bb mengatasi semua kontroversi yang berlaku.. cuma semenjak 2 menjak ni ramai orang ingin mencari kesalahan bb untuk dijadikan kontroversi yang tak seberapa... pernah juga menitiskan air mata dengan kontroversi yang berlaku ke atas bb.. kalo kita dah minat apa yang artis pujaan kita rasa kita turut merasakan kepedihannya juga.. sha pernah jumpa bb face to face..seperti yang niki cakap..bb very humble.. always smile to fanz...rasa sejuk hati..peramah jugak...huhu tapi yang penting kita mesti terus sokong bb tanpa berbelah bahagi... jangan ambik peduli dengan apa yang orang sekeliling kata...we know faizal tahir better right bcoz we are his fanz....
|
|
|
Post by hakiem on May 21, 2008 21:10:22 GMT 8
yaaa, faizal umpama udara, tampamu aku kegersangan, hidup ini kosong, kaulah penghiburzahir dan batinku
|
|
|
Post by tehmoleq on Jul 11, 2008 14:49:57 GMT 8
TO: FAIZAL TAHIR... sy sntiasa sokong anda.. jgn ulang kesilapan lalu..k
|
|
|
Post by Super_Zorro on Jul 12, 2008 10:09:50 GMT 8
ye tehmoleq...super pun akn sentiase sokong abg faizal...kte tinggalkan yg lalu dan kite ambil pekara itu sbagai satu pengajaran...ingat...members rc sume pasti sokong abg faizal...
abg faizal x kan lemah walaupun selalu nyanyi lagu yg ade perkataan lemeh..he..he
i love u rock&roll
|
|
|
Post by dyan on Jul 12, 2008 16:54:34 GMT 8
bb dah buktikan bakatnya lebih up dr kontroversi. buktinye APM, AIM, MTV ASIA AWARD dan ABPBH
|
|
|
Post by Edy Quintana on Jul 14, 2008 9:53:24 GMT 8
Salam Semua,
Pleaseeee, i dun wan him to change just because of what people want him to be. Tak nak! That's why kenapa kita semua berada di sini, we like him because of what he meant to be. Tak hipokrit. Tak berselindung, kalau dia berubah sebab kehendak ramai...that's not the original Faizal Tahir we used to know. Saya masih mahu dia stick sebagai siapa dia sekarang, sebab itu yg membuat kita respect dan minat kat dia. There's no other person can replaced him, there's only ONE Faizal Tahir for me. He's like ONE IN A MILLION!!! The showmanship, the voice, the character & the trademark.
U rock on!
Love & Peace!
*can't wait to see him live!*
|
|
|
Post by Super_Zorro on Jul 27, 2008 16:30:09 GMT 8
Slm. Dunia Rockers dan Nasyid adalah berbeza, di mana semua sedia maklum, Nasyid byk memberi kita pendedahan kpd unsur keagamaan dan erti kata lain unsur ketuhanan dan Islam. Tetapi, semua antara kita perlu sedar bhw arena rock ini tidak semestinya mgandungi unsur2 negatif je. Mgkin, perubahan dan peralihan abg disebabkan abg inginkan kelainan, dan vokalnya yg tinggi ini, mampu membw beliau ke satu thp dimana, beliau mampu membw lagu pelbagai versi dan rentak dr Nasyid, balada, rock, easy listening......... Walaupun mmg lagu Nasyid yg dibwnya enak didengar ttpi disebabkan Abg Faizal membw pelbagai rentak terutamanya Mahakarya Cinta, abg dikenali ramai, malah peminatnya terdiri dr pelbagai bangsa. Memang tidak dpat dinafikan bhw kump Mirwana yg dianggotainya jg tidak krg hebatnya, tapi utk perubahan masa , pembaharuan perlu dibuat. Teguran dan nasihat sepatutnya perlu utk sesorg artis itu, tetapi biar bertempat dan cara yg lebih ke arah positif. Klu kita berpegang pada sesuatu prinsip dan pada sudut agama pun, mgajar kita utk lebih berhati2 sms menasihati atau menegur sesrg tu tanpa menjatuhkan maruahnya. super sokong ape yg suriya ckp...
|
|
stryder
Full Member
we will ROCK u
Posts: 117
|
Post by stryder on Jul 27, 2008 16:40:59 GMT 8
stryder pun sokong jgk
|
|
|
Post by Super_Zorro on Jul 27, 2008 16:47:35 GMT 8
mmg agak terkejut dgn kontroversi yg abg faizal timbulkan dulu... tp sume tu dah lepas... biase la manusia sentiase buat kesilapan.. x kesah ckit or byk namenye ttp same KESILAPAN
|
|
stryder
Full Member
we will ROCK u
Posts: 117
|
Post by stryder on Jul 27, 2008 16:49:15 GMT 8
kita ni hanya hamba kepada yang MAHAKUASA...
|
|