malas nak bukak thread baru, bkk kat sni je la..
David Archuleta Berkain Songket?Tiba ke Kuala Lumpur dari Singapura malam Rabu, si comel itu terus dibawa turun ke sidang media di yang diadakan di taman tema Sunway Lagoon.
Dikenakan kain songket kelabu dan sepasang baju Melayu hijau, Archuleta dihadapkan dengan satu sarkas kecil yang terdiri daripada segenggam peminat yang bertuah, media hiburan tempatan, wakil dana, wakil-wakil syarikat rakaman Sony, DJ-DJ radio dan warga industri lain yang melulu mahu bergambar dan mendekatinya.
Dengan suara kebudak-budakannya dan senyuman yang sudahpun terkenalnya itu, idola berumur 18 tahun itu senang dikelilingi puting beliung.
“Saya rasa saya masih David yang dahulu lagi, tak berubah. Saya seringkali tak percaya saya ada di dalam situasi-situasi sebegini. Sekarang ini di Malaysia, saya masih tak percaya,” kata Archuleta melayan soalan pertama diajukan kepadanya.
Nasihat & Nyanyi Percuma
Antara permintaan pertama yang dipenuhi David Archuleta datang daripada murid-murid Sekolah Sri KDU di Kota Damansara, Selangor, yang memenangi peraduan anjuran stesen radio Inggeris popular tempatan untuk menemukan peminat dengan idola dunia ini.
Khas buat murid-murid sekolah antarabangsa yang tergila-gilakannya, Archuleta mendendangkan sepasang hits nya yang kian mendominasi carta Billboard dan juga seluruh dunia, “Crush” dan “A Little Too Not Over You”, sebagai hadiah. Seorang peminat bertuah juga, Yvette Chan, telah berpeluang menghabiskan masa bersama David selama sehari setelah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh sponsor utama, DiGi.
Antara nasihat kepada si kecil yang mahu mengikuti jejaknya: “Apa yang paling penting untuk saya adalah mengingati asal usul kita dan juga jangan lupa diri. Macam saya, saya masih David dari Utah yang tak pernah meminta lebih daripada apa yang ada di depan saya.”
“Fikir-fikir balik ‘American Idol’ seperti kem latihan yang amat perit dan yang terbaik untuk penyanyi, jadi kalau ada pengarajan pada saya ialah jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi. Untuk kesihatan kita, saya galakkan jangan terlalu mahu bertanding,” tambahnya lagi, tertawa.
“Saya rasa saya dan David (Cook) masih siuman sebab kita berdua tak pernah memandang ‘American Idol’ seperti sebuah pertandingan,” katanya tergelak lagi. “Saya tak kisah saya dapat nombor dua dan dia pun takdelah mengambil serius sangat statusnya sebagai juara.”
“Lagipun David Cook adalah seorang ‘idol’ yang hebat dan berwibawa pada saya, sama seperti Kelly (Clarkson) dulu. Mereka berdua ‘real’, dan saya mencontohi mereka.”
Bukan David Cook, Bukan Pula Josh Groban
Apabila disamakan pula dengan Josh Groban, Archuleta membalas soalan wartawan itu dengan meluahkan niatnya kekal menjadi dirinya dengan tidak terkejar-kejar melangkah ke alam dewasa.
“Saya bukan ‘rock’ seperti dia (Cook), dan saya belum lagi bersedia untuk menghabiskan masa saya untuk cuba membawa lagu-lagu ‘classical’ dan ‘standards’ yang begitu susah. Saya masih mahu jadi diri saya iaitu seorang remaja yang mahu berseronok dan menyanyi lagu-lagu yang kena dengan gaya hidup saya,” jelasnya.
Archuleta mahu memberitahu Malaysia bahawa konsert buat peminat Malaysia hujung minggu ini adalah sesuatu yang begitu asing sekali dalam hidup mudanya setakat ini.
“Saya benar-benar tak sabar untuk nyanyi untuk mereka dan bersama mereka. Saya dahpun temui ramai orang Malaysia yang baik-baik belaka tapi sekarang saya nak berjumpa pula dengan rakan-rakan sebaya saya di konsert nanti. Saya harap saya tak akan melupakan pengalaman ini dalam masa terdekat ini.”
Belum Rindu Rumah
Kongsinya Archuleta lagi, walaupun belum rindu rumah lagi, kenangan-kenangan kehidupan biasanya tetap di hati walaupun berada beribu-ribu batu daripada kampung halaman.
“Saya sentiasa mencuba untuk mengingati perkara yang mudah dalam hidup ini, seperti mereka-mereka yang mengasihi saya, keluarga saya di rumah, kawan-kawan saya, benda-benda biasa yang kita buat sebagai remaja,” ujar David yang tak sampai tiga tahun lepas masih mengharapkan kerja sambilan sebagai seorang ‘techie’ di amphitheatre Murray, Utah, dan telah beratur selama dua hari di ujibakat ‘Idol’ San Diego semata-mata untuk mendapat “30 saat” bersama Randy, Paula dan Simon.
“Saya masih lagi percaya bahawa saya bernasib baik dan saya sentiasa bersyukur dan berterimakasih dengan peluang-peluang yang saya dapat,” tambah Archuleta lagi.
“Walaupun saya berjaya menjangkaui apa yang saya impikan, saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya masih remaja. Sekarang saya cuma mahu menyanyi untuk seramai orang yang mungkin dan menyentuh semua jenis orang dengan muzik saya.”
*Showcase eksklusif ‘David Archuleta Live in KL’ dibawakan oleh Sony Music berama rakan bersama DiGi berlangsung pada hari esok bersamaan Sabtu di Sunway Lagoon Amphitheatre bermula jam 3 ptg. Persembahan David akan dibuka oleh Alif Satar, Daniel Lee dan naib johan Astro Talent Quest, Hou Ren.
www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=3363