|
jenaka
Dec 7, 2008 15:50:55 GMT 8
Post by mrberong on Dec 7, 2008 15:50:55 GMT 8
hahahaha... hafal dulu...
|
|
|
jenaka
Dec 7, 2008 20:49:12 GMT 8
Post by Super_Zorro on Dec 7, 2008 20:49:12 GMT 8
ala berong..bg ar..kecian lah adik2 mu ini..
|
|
aina
Full Member
* la da di dum *
Posts: 183
|
jenaka
Dec 14, 2008 8:36:23 GMT 8
Post by aina on Dec 14, 2008 8:36:23 GMT 8
ltey ar berong ni.... mwahahahahahahaha... bnyak pulak jenaka nyeeeee...hihih
|
|
|
jenaka
Dec 22, 2008 10:09:15 GMT 8
Post by mrberong on Dec 22, 2008 10:09:15 GMT 8
hahahaha... berong nak karang biar byk dulu.. baru berong postkan...
|
|
|
jenaka
Dec 22, 2008 12:10:09 GMT 8
Post by Super_Zorro on Dec 22, 2008 12:10:09 GMT 8
huhu..karang
|
|
shida
Full Member
Posts: 202
|
jenaka
Dec 26, 2008 12:20:20 GMT 8
Post by shida on Dec 26, 2008 12:20:20 GMT 8
sbelum anda memutuskan untuk brkahwin dgn computer programmer,anda prlu brfikir smasak2nya trlebih dahulu agar x menyesal di kemudian hari.ini adalah contoh prbualan seorang isteri dgn suaminya yg bkerja sbg computer programmer...
suami:(stelah pulang lewat dari pjabat) slamat mlm syg,skrang saya logged in... isteri: abg ada beli x brg yg saya pesan td? suami: Bad command of filename... isteri: tapi bukan ke saya dah call abg pagi td kat pjabat suruh abg beli! suami: Erromeous syntax.Abort? isteri: ish abg ni...xkan itu pun xingat?Hah,abg kata td dlm telefon nk beli tv!!mana dia? suami: Variable not found... isteri:abg ni memang x boleh haraplah.bg saya kad kredit abg,biar saya pegi bli tv tu dengan brg dapur skali... suami: Sharing Violation.Access denied... isteri: abg ni sayang saya ke tak?abg lebih syg computer abg tu drpd sy...saya x tahanlah kalau mcm ni selalu... suami: Too many parameters... isteri: Saya menyesal pilih abg sbg suami saya...harapkan muka je hensem... suami: Data type mismatch... isteri: abg ni memang betul2 tak gunalah!! suami: It's by Default.. isteri: macam mana pula dgn gaji abg? suami: File in use..Try later... isteri: kalau gitu,apa peranan saya di sisi abg sbg isteri? suami: Unknown virus...
so...fkirlah semasak2nya key...
|
|
|
jenaka
Dec 26, 2008 19:15:20 GMT 8
Post by Super_Zorro on Dec 26, 2008 19:15:20 GMT 8
huhuhu...kikikiikikokkoko...hehe.. mcm2
|
|
|
jenaka
Jan 8, 2009 9:48:12 GMT 8
Post by mrberong on Jan 8, 2009 9:48:12 GMT 8
Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"
post by MRBERONG
|
|
|
jenaka
Jan 9, 2009 18:46:31 GMT 8
Post by Super_Zorro on Jan 9, 2009 18:46:31 GMT 8
huhu..doktor 2 pun satu..huhu...berong kasi yg lg gempakss.
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 3:27:50 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 3:27:50 GMT 8
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini........
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu. Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu! Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik .Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid-murid: Faham, cikgu! Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid-murid: (senyap) Cikgu: Pandai! Murid-murid: *****! Cikgu: Tinggi! Murid-murid: Rendah! Cikgu: Jauh! Murid-murid: Dekat! Cikgu: Berjaya! Murid-murid: Usno! Cikgu: Salah! Murid-murid: Betul! Cikgu: *****! Murid-murid: Pandai! Cikgu: Bukan! Murid-murid: Ya! Cikgu: Oh Tuhan! Murid-murid: Oh Hamba! Cikgu: Dengar ini! Murid-murid: Dengar itu! Cikgu: Diam! Murid-murid: Bising! Cikgu: Itu bukan pertanyaan, *****! Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu: Mati aku! Murid-murid: Hidup kami! Cikgu: Rotan baru tau! Murid-murid: Akar lama tak tau! Cikgu: Malas aku ajar kamu! Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu! Cikgu: Kamu gila! Murid-murid: Kami siuman! Cikgu: Cukup! Cukup! Murid-murid: Kurang! Kurang! Cikgu: Sudah! Sudah! Murid-murid: Belum! Belum! Cikgu: Mengapa kamu semua ***** sangat? Murid-murid: Sebab saya seorang pandai! Cikgu: Oh! Melawan! Murid-murid: Oh! Mengalah! Cikgu: Kurang ajar! Murid-murid: Cukup ajar! Cikgu: Habis aku! Murid-murid: Kekal kami! Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu: Sudah, *****! Murid-murid: Belum, pandai! Cikgu: Berdiri! Murid-murid: Duduk! Cikgu: Saya kata USNO salah! Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul! Cikgu: Bangang kamu ni! Murid-murid: Cerdik kami tu! Cikgu: Rosak! Murid-murid: Baik! Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
***USNO=Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 3:59:07 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 3:59:07 GMT 8
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 4:08:27 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 4:08:27 GMT 8
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya," Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah."
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ... " Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak.
Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 5:00:04 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 5:00:04 GMT 8
Full Bar Coverage
Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena...... Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 5:57:14 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 5:57:14 GMT 8
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap
mengalami kejadian pelik..
Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap
hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan
untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap
sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor
memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...
tiba-tiba......
Pintu bilik ICU itu terbuka....
Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci
yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus
mencabut....
soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..
vacuum cleanernya....
|
|
kassim
Full Member
lala~
Posts: 212
|
jenaka
Jan 12, 2009 6:02:22 GMT 8
Post by kassim on Jan 12, 2009 6:02:22 GMT 8
Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik". "Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh. "Haah? !!!!"....
|
|