Centre Stage » Songs & Albums » Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
http://faizaltahir.proboards.com/index.cgi?board=sna&action=display&thread=984

Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jun 1, 2007, 11:43am

Dari Utusan Malaysia hari ni, Jumaat, 1 Jun 2007

My Starz LG bimbing peserta jadi artis berbakat

OLEH: KHADIJAH IBRAHIM

BAKAT baru dalam bidang seni suara, tentu teruja jika dapat bimbingan daripada para pemuzik berpengalaman. Dan itulah yang dijanjikan kepada 12 peserta (enam lelaki dan enam wanita) yang menyertai program baru terbitan TV3 dan NTV7, My Starz LG, program tajaan LG Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.

Program ini masih lagi mencari para peserta berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara sejak 19 Mei lalu untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu.

Setiap minggu para peserta akan diajar cara menyanyi dan mencipta lagu oleh ketua pelatih, Farihin Abdul Fattah dan pengarah muzik, Aubrey Suwito. Mereka juga akan diberi tunjuk ajar oleh kumpulan Superband yang terdiri daripada pemain bass Andy Peterson, gitaris Nan Salleh, pemain perkusi Steve Thornton dan pemain dram Luke Mason.

Seperti program TV realiti yang lain, peserta My Starz LG juga akan diadili menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 40 peratus dan 60 peratus lagi daripada juri profesional.

Program yang bakal disiarkan pukul 6 petang, mulai 17 Jun ini di TV3, tidak memerlukan pesertanya mempunyai pelajaran asas dalam bidang muzik. Cukup sekadar mempunyai bakat dan keberanian untuk mencuba.

Justeru itulah sewaktu uji bakat peringkat awal, penonton dibiarkan memilih para peserta sebelum juri membuat keputusan.

Kata Farihin: “Waktu itu, kami tidak duduk di depan pentas. Kami biarkan orang ramai menilai melalui tepukan gemuruh penonton yang mereka terima. Setelah kami meneliti rakaman tersebut barulah akan diumumkan siapa yang layak.”

Sepanjang program, peserta akan ditempatkan di sebuah rumah. Juara akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan berpeluang menjadi artis rakaman dengan label antarabangsa dan turut mendapat barangan jenama LG.

Tambah Farihin, program sebanyak 13 episod yang bakal menampilkan empat finalis itu akan membimbing peserta mengikut kemahiran masing-masing.

“Kalau peserta itu selesa mendendangkan lagu dalam bahasa Mandarin atau genre rock, kami akan bimbing mereka ke arah itu. Cara itu boleh membantu peserta menentukan arah mana yang akan mereka lalui,” jelasnya tentang program yang bakal dihoskan oleh Daphene Iking dan Naz Habibur Rahman itu.

Sementara lagu tema My Starz LG yang berjudul Gemuruh dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik oleh Tessh R.S itu didendangkan oleh Faizal One In A Million (OIAM).

Kata Aubrey, contoh terdekat yang ingin ditonjolkan oleh My Starz LG dalam mencipta juara program tersebut adalah seperti Faizal OIAM.

“Kita mahu tampilkan bakat baru seperti Faizal yang tahu apa yang hendak dibuat dan bukan sekadar masuk studio membuat rakaman,” katanya penuh harapan.


Uji bakat mencari peserta program ini telah pun diadakan di Pahang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sarawak.

Uji bakat seterusnya akan diadakan pada 2 dan 3 jun ini di Centrepoint, Sabah.


http://www.utusan.com.my/utusan/content.....an&pg=hi_03.htm

sooo proud of him ;D ;D jangan lupa dengarkan lagu ni dan berikan komen-komen di sini nanti... i'll try finding the lyrics later...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jun 1, 2007, 1:04pm

Keratan dari MStar.com.my

Siapapun boleh jatuh cinta dengan 'Gemuruh'
29-05-2007 04:43:40 PM
Oleh ZIEMAN

Kalau lagu Menuju Puncak yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia setiap musim mengambil masa untuk meresap di dalam jiwa sesiapa yang mendengarnya, berlainan pula dengan lagu tema program realiti baru TV3 My Starz yang bertajuk Gemuruh ciptaan Aubrey Suwito.

Tidak mustahil lagu yang tinggi nilai komersialnya ini akan melalui proses yang lebih singkat.

Ini terbukti ketika lagu tema ini berkumandang di setiap lokasi di mana audition My Starz dijalankan. Rata-rata siapapun yang mendengar lagu ini akan terus jatuh hati dan teruja untuk menyanyikan lagu ini bersama-sama.

Begitulah penangan lagu Gemuruh hasil nukilan komposer tersohor Aubrey Suwito yang juga merupakan juri Audition dan tenaga pengajar My Starz. Siapapun boleh jatuh cinta dengan lagu ini.

Kehebatan lagu ciptaan Aubrey ini diakui sendiri oleh penerbit My Starz, Jafni Abu Bakar dan komposer Farihin Abdul Fatah yang juga akan bertindak sebagai pengetua My Starz bila program ini dimulakan pada awal Jun nanti.

Di mana sahaja lagu ini dipasang, ianya mendapat sambutan positif dan ramai yang sudahpun jatuh cinta dengan lagu ini.

"Belumpun disiarkan di udara tapi lagu tema Gemuruh sudahpun mendapat tempat di hati mereka yang mendengarnya buat pertama kali," jelas Jafni lagi

Bagi komposer popular Aubrey Suwito, beliau mencipta lagu ini secara santai dan dalam keadaan yang tidak mendesak.

"Mungkin sebab itu hasilnya seperti mendengar sebuah easy listening song. Komposisi melodinya juga mudah diikuti.

"Waktu Jafni memberitahu dia inginkan sebuah lagu tema yang menepati konsep dan citarasa My Starz, saya terpaksa memikirkan sebuah melodi yang sesuai. Nasib baik, apa yang saya hasilkan diterima dan disenangi Jafni juga Farihin," kata komposer yang mencipta lagu Gemilang dan Menuju Puncak.

Aubrey bagaikan tidak percaya apabila warga asing dari Korea, Cina dan India meminta salinan lagu tersebut ketika audition My Starz dilakukan di Plaza Gurney, Pulau Pinang minggu sudah.

Lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir mempunyai universal appeal yang kuat dan sebenarnya sudah dijangkakan akan cepat popular kerana sambutan dan respon orang di keliling.

Menurut Jafni lagi, dia terfikirkan sebuah lagu tema yang menarik, entertaining dan catchy.

"Saya mahukan sebuah melodi yang progresif dan pada waktu yang sama mesti meresap terus ke dalam jiwa. Saya cukup puas hati dengan Gemuruh kerana lagu itu cepat melekat di hati pendengar.

"Tidak keterlaluan kalau saya katakan dengar sekali saja sudah jatuh cinta. Ketika saya berbincang dengan Aubrey, dia memahami apa yang saya hendak dan hasilnya adalah sebuah lagu yang cukup menarik dan menghiburkan.

"Melodi Gemuruh dan lirik yang dihasilkan menepati konsep My Starz dan respon yang diterima juga memberangsangkan dan begitu positif sekali ketika kami memasang lagu ini di tempat audition," jelas penerbit muda di Marketing Client Service Group TV3 ini.


http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=c....6a5380-5454cd2d

tak sabar nak dengar ;D
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by emilynn233 on Jun 1, 2007, 1:57pm

waaaaaa......ni wajib dengar nih!!


Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by ema on Jun 1, 2007, 6:32pm

lagu baru?kene dengar nih..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by raflesia on Jun 4, 2007, 4:36pm

Suka semua lagu yg Faizal nyanyi! Can`t wait to hear....Can`t wait for his album la. bila kluar ehh?
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by arviena on Jun 6, 2007, 12:59am

bila la buleh dengo..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jun 6, 2007, 1:07am


Quote:
Can`t wait for his album la. bila kluar ehh?

album tadi kat quickie, faizal kata in august... mintak-mintak jadi la time tu ek... :-/
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by iraangel on Jun 6, 2007, 10:02am

ishk... xsabarnyer nak dengar... lagu nie....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leejen on Jun 6, 2007, 11:21am


Quote:

Quote:
Can`t wait for his album la. bila kluar ehh?

album tadi kat quickie, faizal kata in august... mintak-mintak jadi la time tu ek... :-/



haha tuuu laa.. masa dulu Big Boss told me "it most probably will be out during April.. then pulak jadi end of May.. skrang August!" LOLS! Dah ampir 1 yr! but its ok.. his album is worth waiting! ;D

Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by emilynn233 on Jun 6, 2007, 4:29pm


Quote:

Quote:

album tadi kat quickie, faizal kata in august... mintak-mintak jadi la time tu ek... :-/



haha tuuu laa.. masa dulu Big Boss told me "it most probably will be out during April.. then pulak jadi end of May.. skrang August!" LOLS! Dah ampir 1 yr! but its ok.. his album is worth waiting! ;D




so true la JEN....lame sgt dh ni. siap tunda bape byk kali daaaa :P
siap tersasul2 dlm quickie tu i tgk ;D ;D

anyway...wish him siap la album tu 8-)

Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by faizalrocks on Jun 7, 2007, 12:14pm

Memang ramai yang tak sabar menunggu album baru Faizal. I think the delay has been due to the fact that he has been involved in so many other projects including hosting Gangstarz. Anyway I'm sure the album will be worth the wait. :)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by faizalrocks on Jun 7, 2007, 4:43pm

From The Star, June 7, 2007


Highly catchy tune

IF Akademi Fantasia’s theme song Menuju Puncak took a long time to grow on people, Gemuruh, which is the theme song of TV3’s new reality programme My Starz, is just the opposite.
The song is highly commercial and has a catchy tune to it, and should find its way into many hearts in no time.

In fact, at one of the auditions held at a shopping mall, curious lookers and shoppers enquired about the song, composed by Aubrey and sung by Faizal Tahir of One In A Million fame. Some even asked if they could download it there and then. “There even were a few foreigners who stopped to listen to the song and asked where to get a copy of the album. The universal appeal of the song may be the main factor that drew many people to it,” said Jafni, the producer. “You will like the song instantly. The best part about it is the more you play it, the more you will be immersed in its melody,” said Farihin Abdul Fatah, My Starz’s principal.

Composer Aubrey Suwito, Gemuruh was composed in a very relaxed manner.

“I was not under pressure to write hence the result is an easy listening song while the melody is catchy enough for everyone to sing along,” said the Malacca-born composer who wrote both hit songs Gemilang (from Malaysian Idol) and Menuju Puncak (AF).

According to Aubrey, when Jafni first told him about the theme song, he had already conceptualised it as ato be progressive, catchy and a fun song.

“I worked around what he wanted and I’m so glad that Gemuruh has been well received,” said Aubrey, who will be the music director of My Starz.

http://star-ecentral.com/news/story.asp?....01&sec=tvnradio






Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by ardentgirl on Jun 13, 2007, 1:25pm

is the song out yet???
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by faizalrocks on Jun 13, 2007, 5:45pm

You've got to wait till June 17 - watch the show on TV3 at 6pm. :)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by syahirah on Jun 17, 2007, 11:41pm

owh... i juz missed the show... did he sang that song?
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leya on Jun 22, 2007, 11:34pm

urm..kl0 x silap lEya..my starz 2 every saturday at 6 pm kat tv 3..s0,lEy r dEng0 lgu tema diE..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jun 23, 2007, 1:00am


Quote:
urm..kl0 x silap lEya..my starz 2 every saturday at 6 pm kat tv 3..s0,lEy r dEng0 lgu tema diE..

actually every sunday... tapi yes, pukul 6 :)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by wcd1602000 on Jun 28, 2007, 3:33pm

Aku pun suka lagu tu......bila leh download nih.....same as gangstarz i only watch that programe because of faizal..and im only watch the mystars lg juz to hear the theme song...nak mengadu sket nih...aku kat pasir gudang susah tul nak dapat cd faizal..waris jr antu siundtrack pun tak de sampai sekag..last2 aku download je...nak buat camne...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jun 28, 2007, 5:19pm


Quote:
Aku pun suka lagu tu......bila leh download nih.....same as gangstarz i only watch that programe because of faizal..and im only watch the mystars lg juz to hear the theme song...nak mengadu sket nih...aku kat pasir gudang susah tul nak dapat cd faizal..waris jr antu siundtrack pun tak de sampai sekag..last2 aku download je...nak buat camne...

masalah pengedaran ni... dah try cari kat http://music.bluehyppo.com ? boleh beli lagu online dan bayar guna akaun tmnet... masuk sekali dalam bil bulanan kita or potong kat prepaid...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by gumot on Jul 2, 2007, 9:01am

we can i get this lyrics? huh? aku suka lah lagi dier
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jul 10, 2007, 1:50am

lagu gemuruh ada kat sini:

http://www.tv3.com.my/mystarzlg/music/MyStarzLG-Theme-Song.mp3

lirik dia nanti jap ;)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jul 10, 2007, 2:07am

lyrics time ;D

Gemuruh
lagu: Aubrey Suwito
lirik: Tessh RS

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

p/s kalau silap, mintak maaf dan sila betulkan.... menusuk kalbu tul lagu ni.. dengan suara faizal yang penuh semangat tu, aduh terharu...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by munyit on Jul 10, 2007, 9:18am

UHH LAGU NIE BEST GILER BRO..
WISH U LUK BRO!
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by ema on Jul 10, 2007, 6:31pm

hemm best sgt lagu nih.. cam big boss plak yg lebih bersemangat!!
hehe neway, thanx rienn..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by syahirah on Jul 12, 2007, 5:11pm

memang besh sgt2.... senang nk sing along ngan melody die..
good job abg faizal...
n thanx a lot rienn..finally dpt gak dgr full version lgu nih...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jul 13, 2007, 11:03am

kalau lagu ni jadi single faizal kan best kan ;)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leya on Jul 14, 2007, 11:29am

wh0aa..gEmpuck glE r..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by sharina on Jul 20, 2007, 3:05pm

lagu tema ni besh..lg2 fzl yg nyanyi... :)
ramai dh nmpk bakat fzl sbb 2 nk cr lebih banyak 'faizal' dlm industri ni...(ikut ape yg news 2 ckap ar..)

Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Jul 20, 2007, 3:36pm


Quote:
lagu tema ni besh..lg2 fzl yg nyanyi... :)
ramai dh nmpk bakat fzl sbb 2 nk cr lebih banyak 'faizal' dlm industri ni...(ikut ape yg news 2 ckap ar..)

yup.. kena cari mereka yang benar-benar ada bakat dan sentiasa berusaha memajukan diri... jgn bersandarkan rupa jer....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by lsmilealways on Jul 20, 2007, 10:37pm

tak mengenal jemu kalau dgr lagu ni.....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by atiqah on Jul 22, 2007, 5:35pm

aku agak dah..die yg nyanyi lagu tema mystarz lg....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by tintaemas on Jul 25, 2007, 1:07pm

best la lagu gemuruh tu...first time dengar mmg dah tahu tu suara faizal....best sangat senang ingat lirik..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by sofie6690 on Aug 3, 2007, 10:13am

nak lirik lagu gemuruh!!!best giler!! ;D
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Aug 3, 2007, 11:03am


Quote:
nak lirik lagu gemuruh!!!best giler!! ;D

selak kat page belakang ;)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by sharina on Aug 3, 2007, 11:25am


Quote:
selak kat page belakang ;)


leh main selak2 ek.. hehehe
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Aug 3, 2007, 11:30am


Quote:

leh main selak2 ek.. hehehe

selak page takper... jangan yang lain LOL!
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by jinli on Aug 4, 2007, 4:46pm

nice kot.... nak lirik... de???
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Aug 4, 2007, 6:04pm


Quote:
nice kot.... nak lirik... de???

tgk kat page belakang.. page 2...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by sharina on Aug 6, 2007, 4:49pm

lagu GEMURUH nyanyian bigbosh kite dh kuar kt HotFm..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by ema on Aug 6, 2007, 7:33pm

aah ari2 dok dgr lagu ni je..best!!
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by niza87 on Aug 25, 2007, 5:49pm

memang best sgt2...jadi inspirasi idup la...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by jijah on Aug 26, 2007, 1:45pm

yup!!! lagu tu menaikkan smgt..
my frenz pun ckp camtu walaupun dia xde la mnat bigboss...
tiap2 ari dgr dia psg lagu tu...
time tgh down dgr lagu tu sure feel fresh blk..try la...he..he..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leya on Aug 30, 2007, 11:25am


Quote:
yup!!! lagu tu menaikkan smgt..
my frenz pun ckp camtu walaupun dia xde la mnat bigboss...
tiap2 ari dgr dia psg lagu tu...
time tgh down dgr lagu tu sure feel fresh blk..try la...he..he..


haa.

ctE psl lgu gEmuruh niE..

ari isnin ari tuhh,skOla lya adE assEmbly..

lya msOk chOir kt skOla..

ktEOrg knE nynyi utk mymbut hari mErdEka..

ckgu sOh "mix"kan lgu tanggal 31 n gEmuruh..

hasilnyEr...??/

mEmbanggEkan..

;)


Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Aug 30, 2007, 11:35am


Quote:

haa.

ctE psl lgu gEmuruh niE..

ari isnin ari tuhh,skOla lya adE assEmbly..

lya msOk chOir kt skOla..

ktEOrg knE nynyi utk mymbut hari mErdEka..

ckgu sOh "mix"kan lgu tanggal 31 n gEmuruh..

hasilnyEr...??/

mEmbanggEkan..

;)


tak record ker leya? nak dengar jugak...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leya on Aug 30, 2007, 11:43am

huhu..

nk dga kEr..??

sOrE bkn sdp pOwn..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by rienn on Aug 30, 2007, 11:46am


Quote:
huhu..

nk dga kEr..??

sOrE bkn sdp pOwn..

takper... nak dengar hasil lagu tu... tapi klu suara tak sedap, takkan la terpilih masuk koir lak kan?? ;)
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by leya on Aug 30, 2007, 11:50am


Quote:

Quote:
huhu..

nk dga kEr..??

sOrE bkn sdp pOwn..

takper... nak dengar hasil lagu tu... tapi klu suara tak sedap, takkan la terpilih masuk koir lak kan?? ;)


huhu..

lya adEr rEcOrd..

insyllh blE2 nnt lya msOkkn.. ;D
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by jijah on Aug 30, 2007, 3:02pm

a'ar la ieya nak dgr jgk!!!!
first time ni versi merdeka song mix gemuruh...hehehe.....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by ema on Sept 7, 2007, 2:00pm

hemm..nak jgak dgr leya..
mesti besh kan?? bersemangat je rase..hehe
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by winkwink on Sept 11, 2007, 10:11am

read this:

DIA bukanlah calon kegemaran untuk menjadi juara namun keunikan serta imejnya membawa tuah bagi Hamiza Tasha Basyir atau Tashya, 20, untuk menjadi juara pertama dalam pertandingan realiti TV, MyStarz LG terbitan TV3 dan ntv7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang juri jemputan pada pertandingan akhir itu iaitu komposer terkenal, Azmeer yang mengakui Tashya mempunyai kriteria yang secukupnya untuk dijulang sebagai juara.

“Jika kita lihat dalam senario industri muzik tanah air sekarang ini, tiada seorang pun penyanyi wanita yang mempunyai imej, personaliti serta muzik yang dibawa oleh Tashya. Saya kira dia mempunyai pakej yang lengkap untuk muncul sebagai juara.

“Kemenangan Tashya juga adalah kerana dia bijak memilih lagu yang sesuai dengan dirinya dan dapat dilihat dengan jelas dia selesa ketika membuat persembahan. Ini secara tidak langsung dapat menutup kelemahannya,” kata Azmeer pada sidang media selepas berakhirnya pertandingan tersebut.

Jika melihatkan pada persembahan Tashya dari bermulanya pertandingan ini sehinggalah ke peringkat akhir, Tashya dilihat begitu selesa dan sering membawakan lagu-lagu penyanyi lelaki dan tidak pernah membawa lagu penyanyi wanita.

“Secara jujurnya, saya begitu selesa membawakan lagu lelaki kerana ia serasi dan sesuai dengan vokal saya. Terus-terang saya katakan, vokal saya bukan untuk lagu melankolik dan sentimental serta yang mendayu-dayu. Penyanyi yang membawakan lagu seperti itu sudah ada. Jadi, kehadiran saya ini, hanyalah untuk mewarnai industri hiburan tanah air,” jelas Tashya bersungguh.

Pada pertandingan akhir itu, Tashya membawakan lagu popular M. Nasir, Mentera Semerah Padi serta berduet bersama Reshmonu untuk lagu Harder To Breath.

Mengenai imejnya yang ala lelaki pula, Tashya menjelaskan, dia tidak mahu memikirkan persepsi orang terhadapnya tetapi sebaliknya, dia jujur dengan dirinya dan mahu mempunyai identiti sendiri.

“Saya tahu bila saya berimej begini orang akan fikir saya ini tomboy atau `pengkid’ tetapi inilah imej saya dari dulu dan saya berasa selesa begini. Apa yang penting, saya mempunyai imej tersendiri untuk diperkenalkan kepada umum,” kata anak bongsu daripada lima beradik ini.

Mengenai wang kemenangannya sebanyak RM100,000 itu pula, dia bercadang menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk membina sebuah studio kecil yang menjadi impiannya sejak dulu.

Malah Tashya juga membawa pulang sebuah televisyen LCD berjenama LG berukuran 42 inci serta kontrak rakaman album dengan sebuah syarikat rakaman yang akan diumumkan kelak.

Kemenangan Tashya itu sekali gus melenyapkan impian calon kegemaran, Badri Ibrahim atau Badri, 28, untuk muncul sebagai juara meskipun menampilkan persembahan yang menghiburkan.

Kata Badri: “Tipulah kalau saya kata saya tidak kecewa tidak menjuarai pertandingan ini, namun saya percaya pada rezeki. Malah, kejayaan saya hari ini adalah usaha isteri tercinta, Atina Awang yang banyak menyokong dan memberi semangat kepada saya selama ini.”

Badri juga menolak persepsi lapuk mengenai statusnya sebagai suami menghalang dirinya daripada muncul sebagai juara.

“Itu semua tidak betul dan peminat hari ini sudah bijak menilai bakat seseorang penyanyi itu. Saya mengambil contoh Faizal Tahir yang sudah berkahwin dan menjadi bapa kepada dua orang anak. Dia masih diterima kerana bakatnya itu dan bukan statusnya,” jelas Badri.

Gelaran naib juara melayakkan Badri menerima wang tunai RM20,000 serta sebuah televisyen LCD berjenama LG berukuran 32 inci.

Persembahan Badri pada petang itu sememangnya menggamit perasaan penonton apabila menyampaikan lagu tema filem Cinta, Perpisahan. Malah, apabila dia muncul berduet bersama Raja Gelek Malaysia, Datuk M.Daud Kilau menerusi lagu Gila Judi dan Cik Mek Molek, penonton di dewan bagaikan terkena histeria dengan persembahannya.

Peserta lain yang membuat persembahan adalah Rubisa untuk lagu Cinta dan medley, Di Dadaku Ada Kamu dan Mimpi Pun Sama, Rachel (Awan Yang Terpilu dan Satu Harapan) serta Ijam (Khayalan dan Jangan Ada Benci).

Sistem pemarkahan MyStarz LG berasaskan 60 peratus daripada juri profesional yang terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Azmeer, Patrick Teoh serta Darren Choy manakala selebihnya adalah undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.....an&pg=hi_01.htm

yay!!! ;D
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by supergirl on Sept 21, 2008, 8:27am

lagu gemuruh ni mmg membakar semangat tull..klu nak exam mmg best klu dgr lagu ni..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by kassim on Jan 11, 2009, 7:12am

tahniah aubrey suwito kerana mencipta lagu ni dan tahniah juga kepada faizal tahir kerana mendendangkan lagu ni sebaik mungkin!!!!


well,actually lagu ni dah banyak digunakan oleh penceramah dan facilitator universiti sebagai lagu tema ceramah/motivasi mereka. memang slalu la dengar lagu ni kalo ade ceramah @ motivasi sebab menaikkan semangat semua orang yang dengar.lirik lagu ni pown penoh ngan maksud tersirat kalo diamati btol2...

nice song!!!luv it!
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by supergirl on Jan 25, 2009, 9:24pm

sume lagu bb best n gempakss belaka
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by dyan on Jan 25, 2009, 9:39pm

tgk mystarz lg pun cos nak dgr lagu tu...
tak kisah la walaupun kejap..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by shieda on Jan 25, 2009, 9:42pm

btul tu..apa saja bila dah gila faizal tahir..
hehe..

cedok dari iklan mister potato..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by tintaemas on Feb 2, 2009, 12:52pm

wahwah...
sempat lg wat iklan ek shida...hehe
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by smiley on Feb 2, 2009, 2:45pm

Gemuruh memang membakar semangat....my company memang mainkan gemuruh setiap kali ada special occasion such as achiever's day, training, course, seminar....dan lain2 acara...memang sesuai sbg lagu utk memajukan diri kita ke tahap yg lebih tinggi....Menyerlah jauh dr yg biasa...!
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by naemnzr on Feb 2, 2009, 6:36pm

yup....AGREE.


lagu gemuruh mmg best!!bERSEMANGAT je bila dgr.

dgr waktu pg pn boleh,sebelum nk p kelas
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by mrberong on Feb 3, 2009, 10:35am

gemuruh jiwa...semangat membara.... uhuk uhuk....
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by airrol on Feb 4, 2009, 8:56am

kan bagus kalau lagu ni masuk AJL hari tu......
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by mrberong on Feb 4, 2009, 10:32am


Feb 4, 2009, 8:56am, airrol wrote:
kan bagus kalau lagu ni masuk AJL hari tu......


xkan semua lagu bb nak masuk ajl.. abis artis lain nak masuk mcm mana..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by syar on Feb 4, 2009, 11:31am


Feb 4, 2009, 10:32am, mrberong wrote:

Feb 4, 2009, 8:56am, airrol wrote:
kan bagus kalau lagu ni masuk AJL hari tu......


xkan semua lagu bb nak masuk ajl.. abis artis lain nak masuk mcm mana..


a'ah r.kang mkn hati lak penyanyi lain kalo sume lagu 5zal msk..
kang makin byk org mengate lak.
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by mrberong on Feb 4, 2009, 11:51am


Feb 4, 2009, 11:31am, syar wrote:

Feb 4, 2009, 10:32am, mrberong wrote:


xkan semua lagu bb nak masuk ajl.. abis artis lain nak masuk mcm mana..


a'ah r.kang mkn hati lak penyanyi lain kalo sume lagu 5zal msk..
kang makin byk org mengate lak.


wahhh... syar memang leh wat team... x mcm zawani.. x leh wat team...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by airrol on Feb 4, 2009, 12:13pm


Feb 4, 2009, 10:32am, mrberong wrote:
xkan semua lagu bb nak masuk ajl.. abis artis lain nak masuk mcm mana..


hehehehe kan.............
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by mrberong on Feb 4, 2009, 1:02pm

tau pun.. ingat x tau td...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by aina12 on Feb 4, 2009, 3:57pm

saat ku seringg GEMURUH..,
ku teringat lagu nih.....(poyo jerr ayat) :D
hahha..sempat lg...
btw,lgu ni mmg best...
syok tgk mystarz tu cuz nk dga lagu tema je...
x de pun mystarz(sy punya bintang) kat ctu..hehhe..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by zawani on Feb 4, 2009, 6:34pm


Feb 4, 2009, 3:57pm, aina12 wrote:
saat ku seringg GEMURUH..,
ku teringat lagu nih.....(poyo jerr ayat) :D
hahha..sempat lg...
btw,lgu ni mmg best...
syok tgk mystarz tu cuz nk dga lagu tema je...
x de pun mystarz(sy punya bintang) kat ctu..hehhe..


sama la kite... rajin jer tgk mystarz sbb lgu bb... tp kdang2 muke
bb ade gak kua... tp jarang la...
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by zawani on Feb 4, 2009, 6:39pm


Feb 4, 2009, 11:51am, mrberong wrote:

Feb 4, 2009, 11:31am, syar wrote:


a'ah r.kang mkn hati lak penyanyi lain kalo sume lagu 5zal msk..
kang makin byk org mengate lak.


wahhh... syar memang leh wat team... x mcm zawani.. x leh wat team...


x heran klu x team ngn berong....berong bkn hot pn.. hehe.. ;D kite team ngn bb... lg bez. ;)


Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by aina12 on Feb 5, 2009, 3:55pm


Feb 4, 2009, 6:34pm, zawani wrote:

Feb 4, 2009, 3:57pm, aina12 wrote:
saat ku seringg GEMURUH..,
ku teringat lagu nih.....(poyo jerr ayat) :D
hahha..sempat lg...
btw,lgu ni mmg best...
syok tgk mystarz tu cuz nk dga lagu tema je...
x de pun mystarz(sy punya bintang) kat ctu..hehhe..


sama la kite... rajin jer tgk mystarz sbb lgu bb... tp kdang2 muke
bb ade gak kua... tp jarang la...


hehhee... ;D ;D ;D
btol2...stuju2...hehhe
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by dyan on Feb 7, 2009, 1:16pm

kira2 masa final concert mystarz lg nnt bb jd artis undangan tak mcm tahun lps?..
harap2 ye..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by shieda on Feb 7, 2009, 1:31pm

rasanya mesti diaorang jmput bb sbb lagu bb kan jd lgu tema tu..
hrp2 jemput la..
ku sggup tido lewat semata2 bb..
hehe
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by kassim on Feb 7, 2009, 3:05pm

tapi lagu ni ade video clip tak?
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by suriya on Feb 9, 2009, 9:12pm

My starz - tgk gak tapi juz for thz lovely song, Gemuruh.. luv it..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by shieda on Feb 13, 2009, 2:05pm

td baru dgr kat hot..
masa konsert final mystarz lg nih..
bb akn uat prsmbahan..
dgn rossa..n lg sorang cpe ntah..xingt la..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by dyan on Feb 13, 2009, 2:58pm


Feb 13, 2009, 2:05pm, shieda wrote:
td baru dgr kat hot..
masa konsert final mystarz lg nih..
bb akn uat prsmbahan..
dgn rossa..n lg sorang cpe ntah..xingt la..


yes, tak sabar menunggu, thanx 4 the info..
tp nape la artis indonesia jgk dye jemput..
artis malaysia takde ke?..
Re: Lagu tema My Starz LG, Gemuruh
Post by hazyrah on Jun 12, 2009, 3:32pm

wak2 audition pun rmi yg chuzz lg nie...
klu nynyi sdap x pelar!!!
x tau lar nk kte~